INFINITI

Gajet tercanggih di CES 2012

Gajet tercanggih di CES 2012


KOMPUTER Emperor 1510 daripada MWE Lab memberikan ruang bekerja yang ergonomik dan dilengkapi komputer boleh gerak serta sistem audio.


PAMERAN Elektronik Pengguna (CES 2012) yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) bulan lalu berjaya menarik lebih 150,000 penggemar peranti dari seluruh dunia.

Pesta gajet terbesar dalam sejarah AS itu boleh dianggap sebagai pameran yang dinanti-nanti penggemar peranti berteknologi tinggi kerana mengumpulkan pelbagai syarikat terkemuka dunia dengan produk terbaharu masing-masing.

Las Vegas, Nevada yang diberi penghormatan sebagai tuan rumah CES 2012 menjadi saksi kepada himpunan lebih 20,000 produk dan perkhidmatan berteknologi tinggi dalam membuka tirai Tahun Naga, pada tahun ini.

Antara produk yang dipamerkan termasuk teknologi audio, tablet, pengimejan digital, permainan elektronik, hiburan rumah, teknologi wayarles dan banyak lagi.

"Peranti sambungan mudah alih menunjukkan peningkatan dalam industri elektronik pengguna dan akan menjadi fokus utama dalam CES 2012.

"CES 2012 merupakan tempat terbaik dalam menyaksikan tablet dan telefon pintar terbaharu yang mengetengahkan keupayaan sebenar jalur lebar sehingga peranti tanpa wayar bersesuaian dengan cara kehidupan pengguna," kata Naib Presiden Kanan Persatuan Elektronik Pengguna, Karen Chupka.

Nokia Lumia yang terbaik


TELEVISYEN LG 3-D OLED bersaiz 55 inci yang menggunakan cermin mata tiga dimensi turut dipamerkan dalam CES.


Bintang bagi pameran pada kali ini yang berjaya menarik perhatian media antarabangsa merupakan syarikat telekomunikasi gergasi Nokia yang memperkenalkan telefon pintar terbaharu mereka.

Model Nokia Lumia 900 yang menggunakan sistem operasi Windows Mango dinobatkan sebagai telefon pintar terbaik dalam pameran tersebut.

Ia yang dilengkapi pemproses Snapdragon 1.4 gigahertz (GHz) dianggap mampu memberi persaingan kepada peranti Android dan iPhone sekaligus melonjak semula jenama Nokia.

"Ia merupakan telefon Windows pertama yang dibangunkan dan direka untuk pasaran Amerika Utara," kata Ketua Pegawai Eksekutif Nokia, Stephen Elop.

Katanya lagi, 'peperangan' telefon pintar telah bertukar daripada pertempuran peranti kepada ekosistem.

Walaupun mendapat perhatian media sehingga dianggap hero baharu Nokia, ia masih tidak dapat menjamin model tersebut akan mencuri tumpuan pengguna.

Dalam pada itu, model Fujifilm X Pro 1 beresolusi 16 megapiksel mendapat pengiktirafan sebagai kamera terbaik.

Model terbaharu yang disasarkan kepada jurugambar profesional mengetengahkan reka bentuk vintaj tetapi, dilengkapi teknologi terkini.

Antara produk lain yang berjaya meraih anugerah dalam CES 2012 termasuk ultrabook HP Envy 14 Spectre, tablet e Asus Memo 370T, televisyen OLED LG dan banyak lagi.

Lambakan ultrabook


NOKIA Lumia 900 menggunakan sistem operasi Windows dinobatkan sebagai telefon pintar terbaik di CES.


Sementara itu, menurut pemain industri, dianggarkan terdapat antara 30 dan 70 model ultrabook daripada pelbagai jenama diperkenalkan pada CES tahun ini.

Kebanyakan ultrabook yang dijana Intel adalah lebih nipis dan mempunyai jangka hayat bateri lebih panjang berbanding komputer riba serta dijangka akan meningkatkan industri komputer peribadi.

Menurut Intel, ia berharap ultrabook akan meningkatkan industri komputer mudah alih dalam memberi saingan kepada tablet dan menjangkakan sebanyak 40 peratus penjualan komputer riba pada tahun 2012 adalah ultrabook.

Rencana Utama!»

Kehamilan berakhir dengan pengguguran

KLINIK swasta di Hanoi menyediakan perkhidmatan menggugurkan bayi secara terbuka di premis mereka.

Pesona!»

Senaman tingkat stamina kanak-kanak

Persekitaran, susun atur dan peralatan yang digunakan dalam gimnasium Zac & Zibbo direka khas untuk keselesaan kanak-kanak.

Varia!»

Jutawan bumiputera Phyto Science

NUR FAZLIN FAHSYA (dua dari kanan) bersama rangkaiannya, Mkrich88 menjana pendapatan menerusi produk keluaran Pyhto Science.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16