NEGARA

'Polis tak pernah cari saya'

'Polis tak pernah cari saya'


JAHABERDEEN menunjukkan salah sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan gambar Kamal Hisham menerima Anugerah Perniagaan Malaysia Kedua di Dubai pada sidang akhbar di pejabat firma guaman Kamal Hisham & Associates di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - "Saya rasa dianiayai dan tidak mendapat siasatan yang adil."

Demikian dakwaan peguam Kamal Hisham Jaafar, 42, mengenai laporan akhbar semalam bahawa dia dicari oleh polis berhubung satu kes pecah amanah yang melibatkan kerugian wang berjumlah RM660,000 milik sebuah syarikat pada tahun ini.

Kamal Hisham ketika dihubungi melalui telefon bimbit dari Dubai oleh rakan kongsinya, Rozana Shamsudin di firma guaman Kamal Hisham & Associates di sini semalam menjelaskan kepada pemberita, polis sebelum ini tidak pernah menghubunginya bagi memaklumkan dia sedang dicari bagi membantu siasatan kes pecah amanah.

"Saya ada pejabat di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Dubai. Selama ini tidak ada polis datang cari pun, mereka (polis) keluarkan kenyataan di akhbar kata saya dicari seolah-olah saya bunuh orang pula," kata peguam itu melalui perbualan telefon selama kira-kira lima minit pada sidang akhbar bersama peguamnya, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rencana Utama!»

Daripada ateis kepada seorang mufasir

Nouman berkongsi kisah pencarian maujud hidupnya sebagai seorang Muslim kepada jemaah selepas 19 tahun leka menikmati ‘syurga’ dunia.

Pemotoran!»

Adrenalin positif KTM 250 Duke, RC 250

DIKENALI sebagai KTM 250 Duke, kehadirannya memberi pilihan lebih kepada pengguna tempatan.

Varia!»

Bangkit daripada pengaruh negatif Chow Kit

Sebahagian kanak-kanak miskin bandar bergambar kenangan bersama sukarelawan Pfizer Malaysia ketika berkunjung ke Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31