NEGARA

DRB-HICOM tauke baharu Proton

DRB-HICOM tauke baharu Proton

saga, model pertama kereta Proton, yang dilancar pada 1985.


KUALA LUMPUR - Spekulasi mengenai siapakah pembida bertuah untuk memiliki kepentingan Proton Holdings Bhd. (Proton) kini terjawab apabila Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) semalam mengumumkan memilih DRB-HICOM Bhd. sebagai syarikat yang bakal menguasai Proton.

Jualan kepentingan yang melibatkan 42.74 peratus ekuiti Khazanah itu ditawarkan pada harga RM5.50 sesaham atau nilai keseluruhannya RM1.291 bilion.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat dalam perbincangan dan penilaian terperinci dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kedudukan kewangan dan sama ada pemegang saham baharu itu boleh membawa Proton ke peringkat lebih maju seiring dengan aspirasi perkembangan sektor automotif nasional.

Menurut beliau, penjualan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada beberapa garis panduan dan di antaranya ialah ia perlu mendapat kelulusan daripada pemegang saham DRB-HICOM. Pada ketika ini DRB-HICOM mempunyai kakitangan kira-kira 40,000 orang.

"Sebaik sahaja selesai perjanjian jual dan beli ini, DRB-HICOM perlu melaksanakan tawaran awam mandatori ke atas baki saham Proton," katanya melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 47