NEGARA

Aduan jenayah siber naik 88 peratus

Aduan jenayah siber naik 88 peratus




PUTRAJAYA - Kes jenayah siber semakin mengancam masyarakat apabila pihak berkuasa merekodkan 15,218 aduan sepanjang tahun lalu iaitu peningkatan 88 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kes yang paling mendapat perhatian ialah penipuan di Internet dengan melibatkan 5,328 aduan diikuti dengan spam (3,751) dan pencerobohan (3,699).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, kesemua aduan tersebut disalurkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 yang dikendalikan sepenuhnya oleh CyberSecurity Malaysia.

"Trend ini membimbangkan kerana kalau dibandingkan dengan tahun 2010, jumlah aduan itu telah meningkat lebih 88 peratus," katanya pada Majlis Pelancaran Penyelesaian Sekuriti Internet Perisai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi CyberSecurity Malaysia, Tan Sri Mohd. Azumi Mohamed.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rencana Utama!»

Gaya tulisan serlahkan personaliti

Setiap orang mempunyai gaya tulisan berbeza-beza meskipun mereka adalah adik-beradik kembar.

Stailo!»

Aksesori pelengkap sisi maskulin

Obsesi pada koleksi kasut adalah normal bagi lelaki kerana ia merupakan pelengkap gaya mereka.

Varia!»

Perhimpunan anak seni di Festival Rantai Art

Simbolasi rantai bagi festival ini telah menggabungkan pelbagai karya dengan kehadiran 60 pengusaha kraf seni termasuk penjualan lukisan pensil dan cat simbah.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47