TERKINI

Mayat lelaki cuba selamatkan pelajar ditemui

Mayat lelaki cuba selamatkan pelajar ditemui

07/01/2012 1:49pm

KUCHING – Mayat lelaki, yang dilaporkan hilang ketika cuba menyelamatkan seorang pelajar perempuan yang jatuh ke dalam parit di Jalan Rock di sini pagi Khamis lepas, ditemui pagi ini di Sungai Maong Ulu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata, mayat Herman Sihas, 28, berasal dari Lundu dijumpai anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) pada 8.45 pagi ini, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

Gerakan mencari pelajar Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kerajaan Batu Lintang itu, Kho Ying Gi, 19, masih diteruskan oleh pasukan mencari dan menyelamat, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi Khamis lepas, Herman dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan pelajar itu yang terjatuh ke dalam parit ketika hujan lebat dan banjir kilat melanda kawasan tersebut.

Susulan itu, gerakan mencari dan menyelamat kedua-dua mereka telah dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan JPAM. – BERNAMA

Process time in ms: 46