NEGARA

Mohon permit atau van hantu akan disita

Mohon permit atau van hantu akan disita


BEBERAPA buah van hantu menunggu pelanggan dalam gambar yang dirakamkan di Jalan Dungun, Kuala Lumpur pukul 5 petang semalam.


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) memberi amaran kepada pengusaha van hantu supaya menghentikan operasi atau berhadapan dengan tindakan sita.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, tindakan van hantu terbabit mengambil penumpang tanpa permit mengundang risiko keselamatan kepada penumpang mereka.

“Aktiviti ini berbahaya kerana mereka tidak dilindungi insurans jika berlaku kemalangan.

“SPAD akan memantau aktiviti ini dan saya ingin mengingatkan kepada para pengusaha ini bahawa jika mereka ditahan dalam operasi kelak, van milik mereka akan disita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Untuk mengelak tindakan, Syed Hamid meminta pengusaha van hantu supaya memohon permit dan SPAD akan mempertimbangkannya.

Menurutnya, permit untuk van dikeluarkan untuk mengambil pelajar sekolah tetapi dalam isu van hantu terbabit pihaknya mungkin boleh mengeluarkan permit sementara.

Kosmo! semalam melaporkan terdapat van hantu menjalankan aktiviti mengambil penumpang di sekitar KL Sentral, Masjid Jamek, Jalan Dungun, Bukit Damansara dan Pusat Bandar Damansara di sini sejak lima tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rencana Utama!»

Persiapan warga emas hadapi banjir

PAK LEH yang tinggal di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumboh, Kampung Pasar Lama, Kota Bharu, Kelantan menunjukkan jarak sungai dengan rumahnya yang terlalu hampir.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15