HIBURAN

Taylor Lautner mengaku gay?

Taylor Lautner mengaku gay?




PASTI berita ini mengecewakan banyak hati peminat-peminat wanita yang memuja kemunculan dirinya setiap kali dalam siri filem Twilight. Aktor Taylor Lautner yang dipuja ramai wanita kerana bentuk tubuh sasa dan wajah menariknya mengaku dirinya lebih tertarik dengan kaum sejenis!

Lautner, 19, menerima penghormatan apabila dilaporkan menjadi wajah penghias muka depan majalah berprestij, Time edisi untuk tarikh Sabtu ini, 7 Januari 2012. Namun, apa yang menggemparkan adalah Lautner telah membuat pengakuan terbuka menerusi majalah itu bahawa dia sebenarnya seorang gay!

Foto kulit muka depan majalah itu telah pun tersebar di Internet dengan tertera kenyataan yang berbunyi, tired of rumors, the Twilight star opens up about his decision to finally come out (bosan dengan gosip-gosip, bintang Twilight dedahkan tentang keputusannya untuk akhirnya membuat pengakuan terbuka).

Namun, hal itu segera dinafikan pihak majalah Time. "Kulit muka depan yang menampilkan pengakuan Taylor Lautner seorang gay adalah seratus peratus palsu! Ia sebenarnya bermula dengan jenaka di Twitter dan ada pihak bertanggungjawab telah memanipulasi jenaka itu," ulas jurucakap majalah itu, Julie Farin.

Sebelum ini, laman-laman sosial menghebohkan tentang kulit muka depan majalah Time palsu itu dengan selebriti seperti Russell Simons menerusi Twitter miliknya mengucapkan tahniah sebelum dia terkejut apabila mengetahui ia adalah palsu.

"Saya sangat kecewa dengan jenaka jahat tentang status seksualiti individu. Biarlah Taylor Lautner jadi siapa yang dia sendiri mahukan," ujar Simmons.

Wakil Lautner yang dihubungi bagaimanapun tidak memberikan sebarang respons dan pihak bertanggungjawab memulakan fitnah itu juga gagal dikesan.

Realitinya, Lautner tidak banyak dikaitkan dengan gosip cinta kecuali dengan penyanyi tersohor, Taylor Swift selepas mereka berdua bergandingan dalam filem Valentine pada tahun lepas, namun hubungan itu putus dalam tempoh yang singkat selepas kedua-duanya dikatakan gagal mengekalkan hubungan mereka berikutan sibuk dengan karier masing-masing.

Process time in ms: 0