DUNIA

Pemilik kereta mayat tunjuk perasaan

Pemilik kereta mayat tunjuk perasaan


AP SEBUAH kereta mayat yang menyertai tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai jalan dipandu di bandar Thessaloniki kelmarin.


THESSALONIKI, Greece - Para pemilik kereta mayat kelmarin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di dua buah bandar utama di Greece bagi membantah kenaikan cukai jalan tahunan.

Menurut mereka, kenaikan itu akan menyebabkan perniagaan kereta mayat berkubur.

Para pemandu itu menyatakan, mereka terpaksa membayar cukai jalan enam kali ganda menjelang minggu depan kerana kereta mayat telah dikategorikan sebagai kenderaan persendirian.

Pemilik kereta mayat di bandar ini memandu kenderaan tersebut dari sebuah kawasan perkuburan ke sebuah bangunan pentadbiran wilayah.

Rakan-rakan mereka yang lain di bandar raya Athens memandu kereta mayat dengan perlahan semasa melintasi bangunan Parlimen. - Agensi

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 47