SUKAN

Suarez terima padah

Suarez terima padah


SUAREZ (kiri) didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada Patrice Evra.


LONDON - Penyerang Liverpool, Luis Suarez digantung lapan perlawanan dan didenda AS$62,800 (RM198,679) kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemain Manchester United, Patrice Evra.

Penyerang Uruguay tersebut melakukan kesalahan itu dalam satu aksi Liga Perdana England di Anfiled pada Oktober lalu.

Suarez didapati bersalah menggunakan perkataan kesat itu kepada Evra pada perlawanan tersebut termasuk mengejek warna kulit pemain pertahanan itu.

Bagaimanapun, pengantungan itu ditangguhkan sementara waktu bagi menunggu keputusan rayuan yang dibuat oleh Suarez selepas Suruhanjaya Bebas Persatuan Bola Sepak (FA) England berjaya membuktikan kesalahan tersebut.

FA England mengumumkan keputusan itu meskipun Suarez berulang kali menafikan tuduhan tersebut di dalam lama webnya selepas perbicaraan yang bermula pada 14 Disember lalu di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.

Suruhanjaya Bebas itu mendedahkan, Suarez menggunakan perkataan berunsur perkauman, sekali gus bertentangan dengan Peraturan E3 (1) FA England.

Manakala perkataan yang berkaitan warna kulit yang digunakan Suarez pula berkaitan dengan Peraturan E3 (2).

Dalam pada itu, Suarez di dalam laman sosial Twitternya memberitahu, semalam adalah hari yang paling sukar baginya termasuk ahli keluarga dan dia berterima kasih kepada semua sokongan yang diberikan.

Pengurus skuad The Reds, Kenny dalglish pula membalas di dalam Twitter dengan menyatakan dia amat kecewa dengan hukuman yang dikenakan ke atas Suarez dan meminta semua pihak memberi masa kepada penyerang Sensasi itu. - Reuters

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 32