TERKINI

Ahli perniagaan mengaku salah miliki kad kredit palsu

Ahli perniagaan mengaku salah miliki kad kredit palsu

21/12/2011 1:40pm

KUALA LUMPUR - Setelah sembilan tahun memiliki kad kredit palsu, seorang ahli perniagaan akhirnya mengaku bersalah atas perbuatan itu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Tan Ah Hing@Ah Hing, 53, dituduh memiliki kad kredit Hong Leong Bank Mastercard Touch’n Go atas nama David Tan yang diketahuinya palsu di rumah bernombor 33, Jalan Sri Petaling 3, Bandar Baru Sri Petaling, Brickfields pada pukul 9.30 malam, 26 Mac 2002.

Tertuduh yang ditangkap pada Khamis lepas, didakwa mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Hakim S.M Komathy Suppiah menetapkan 31 Jan depan untuk keputusan kes berkenaan dan tertuduh dikenakan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu hukuman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, P.Viknesvaran manakala tertuduh diwakili peguam J.Rao. - BERNAMA

Rencana Utama!»

Tomohon umpama ‘Pasadena Sulawesi’

Kereta berhias dari New Zealand yang berbentuk Gunung Berapi Lokon menarik perhatian orang ramai di Tomohon, Menado, Sulawesi Utara.

Pesona!»

Tabah besarkan anak autisme

umar dikurniakan suara merdu dan mampu bernyanyi setaraf penyanyi profesional.

Varia!»

F&N raikan pengguna setia

DARI kiri, Nadia, Hidayati dan Fatin Shazwani bergambar bersama hadiah kemenangan masing-masing di Sunway Pyramid, Petaling Jaya baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47