TERKINI

Polis tangkap 10 suspek kes bunuh

Polis tangkap 10 suspek kes bunuh

09/12/2011 9:07pm

GEORGETOWN Polis Pulau Pinang menangkap 10 orang suspek berumur lingkungan 16 hingga 71 tahun yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki di Jalan P. Patto-Taman Tanjung, Butterworth Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC II Zahruddin Abdullah berkata, tiga daripada suspek yang terlibat menyerah diri secara sukarela kepada polis di Butterworth semalam.

"Berdasarkan maklumat orang ramai pihak polis berjaya memberkas suspek yang terlibat, bagaimanapun masih terdapat beberapa suspek yang belum diberkas, kesemua mereka direman sehingga 14 Disember ini, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Mangsa, M. Jegathiswaran, 25, yang memandu sebuah kereta bersama dengan rakannya diserang lebih 10 lelaki apabila mereka berhenti di persimpangan Jalan P. Patto-Taman Tanjung di Butterworth.

Mangsa kemudian diseret keluar dari tempat duduk pemandu dan dibelasah oleh kumpulan penyerang terbabit hingga menyebabkan kematian mangsa kira-kira pukul 4.30 pagi pada hari kejadian.

Bagaimanapun, rakannya yang berusia 20-an, tidak disentuh oleh penyerang terbabit.

Mangsa ditemui mati di tempat kejadian dengan kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. Beberapa topi keledar dan kayu juga ditemui di tempat kejadian. Bernama

Varia!»

Baju baharu pada 1 Syawal

JASLEEN dan Kirpal (berdiri belakang dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Julaina dan Bob Komando serta anak-anak mereka di Gulati's, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31