TERKINI

3 maut dalam letupan kapal di Kudat

3 maut dalam letupan kapal di Kudat

28/11/2011 6:32pm

KUDAT - Tiga maut, dua daripadanya wanita apabila sebuah kapal nelayan sedang berlabuh tiba-tiba meletup lalu terbakar sebelum api merebak ke dua lagi kapal nelayan bersebelahan di pelabuhan Kudat tengah malam tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kudat, Mohd Saidi Tabin ketika dihubungi hari ini berkata, setakat ini butiran mengenai identiti mangsa belum diketahui.

Katanya, mangsa pertama, seorang wanita ditemui terapung oleh anggota peronda polis kira-kira 6.30 pagi manakala dua lagi mangsa terapung berhampiran tempat kejadian sekitar pukul 12.25 tengah hari.

Menurut Mohd Saidi, tiga jentera bersama 20 anggota bomba yang beliau ketuai dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 9.37 malam tadi.

Beliau berkata, sebaik tiba di pelabuhan, hampir keseluruhan struktur tiga kapal nelayan berkenaann sudah dijilat api selepas berlakunya letupan daripada salah satu kapal sebelum itu.

Pasukan bomba, katanya , berjaya mengawal api dan seterusnya memadamkan kebakaran kira-kira empat jam kemudian di awal pagi.

"Semasa kejadian kapal yang meletup dan terbakar itu ada penghuni manakala dua lagi kapal lain tidak ada orang di dalamnya, katanya.

Mohd Saidi berkata punca letupan dan jumlah kerugian masih disiasat. - Bernama

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 47