TERKINI

3 dikhuatiri lemas di Kelantan sejak kelmarin

3 dikhuatiri lemas di Kelantan sejak kelmarin

28/11/2011 2:35am

KOTA BHARU - Tiga remaja lelaki dikhuatiri lemas di beberapa tempat di negeri ini sejak kelmarin.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Sharberi Zakaria berkata, Muhamad Farid Mohd Yusof, 20, dikhuatiri lemas selepas dikatakan bersiar-siar dengan menaiki basikal di pesisiran pantai di Kuala Pak Amat, Kampung Panjang, Pengkalan Chepa pada 4.55 petang kelmarin.

"Seramai 10 anggota dari balai Pengkalan Chepa menyertai operasi menyelamat bersama unit Skuba dari Balai Bomba Pengkalan Kubur. Turut serta anggota polis dan Skim Rondaan Sukarela,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai, Mohd. Alif Razuan Azman, 15, pula dikhuatiri lemas di Sungai Kemuning, Machang ketika bermain bersama-sama rakannya pada pukul 4 petang kelmarin.

Sementara itu, Mohd. Azman Yusuf, 17, pula dikhuatiri lemas di Sungai Golok, Rantau Panjang malam semalam dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Setakat ini, empat dilapor mati lemas sepanjang musim tengkujuh ini iaitu kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun, budak lelaki berumur 10 tahun dan remaja lelaki berusia 14 dan 15 tahun. - Bernama

Rencana Utama!»

Cabaran penggal kedua Rousseff

AKHBAR-AKHBAR Brazil melaporkan kemenangan Rousseff sebagai President Brazil ke-36.

Pesona!»

Bantu baiki taraf hidup wanita

KEMAHIRAN mengurut menjadi punca rezeki buat Saodah untuk menyara keluarganya.

Varia!»

Penceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN li’an yang melibatkan penafian nasab terhadap anak yang dikandung akan dilakukan selepas kelahiran bayi tersebut. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47