VARIA

BCI rai anak yatim tanda kesyukuran

BCI rai anak yatim tanda kesyukuran

ANAK-ANAK yatim dari Rumah Bakti Hulu Klang dan Rumah Jalan Laksamana Batu Karang, Selangor menerima sejumlah RM120 setiap seorang.


UKIRAN senyuman tidak putus-putus di bibir setiap kanak-kanak yang hadir pada majlis minum petang anak-anak yatim bersama Biocareer International Sdn. Bhd. (BCI) tatkala menerima paket-paket kecil daripada para pemimpin syarikat berasaskan barangan kecantikan itu.

Anak-anak yatim seramai 30 orang dari Rumah Bakti Hulu Klang, Selangor dan Rumah Jalan Laksamana Batu Karang, Selangor menerima sejumlah RM120 setiap seorang dan ia sudah cukup menggembirakan hati mereka walaupun angka tersebut tidak terlalu besar.

Bagi Pengarah BCI, Kenny Yang Chin Yong, 45, majlis yang pertama kali diadakan itu akan menjadi langkah permulaan dalam setiap acara-acara kebajikan yang dirancang pihaknya pada masa akan datang.

“Perlu ada orang yang menggerakkan dahulu majlis-majlis seperti ini selain ia menjadi tanda kesyukuran terhadap kejayaan yang dikecapi,” ujarnya yang ditemui di K Club, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor.

Selain itu, ujar Kenny, dia berharap banyak lagi acara sebegitu bakal diadakan terutama oleh ahli-ahli pengurusan syarikat jualan berasaskan rangkaian yang lain.

Pada tahun hadapan, pihak BCI merancang untuk menganjurkan sebuah majlis amal secara besar-besaran dengan mengumpulkan sekurang-kurang 500 orang anak-anak kurang bernasib baik dari seluruh Malaysia.

Majlis itu bakal mendapat kerjasama badan-badan bukan kerajaan seperti Lion Club dan Rotary Club selain rumah-rumah anak yatim sedia ada.

Tambahnya, acara tersebut bakal bersifat 1Malaysia dengan menjemput anak-anak yatim yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Produk baharu

BCI adalah sebuah syarikat rangkaian yang memberi fokus pada produk-produk kecantikan berasaskan stem sel epal liar dari Switzwerland.

Buat masa sekarang, BCI mempunyai lima jenis produk Stem Science Brightening & Firming Moisturizer, Stem Science Nano Gold Mositurizer, Stem Science Night Cream, Stem Science Nutrifresh Beverage dan Stem Science Nutrifresh Diet Slim.

BCI dijangka akan mengeluarkan sebuah lagi produk baharu pada tahun hadapan tetapi menurut Kenny, ia masih lagi di peringkat kajian untuk mendapatkan maklum balas.


TIGA jutawan BCI, Mahadir (kiri), Zaiton (dua dari kanan) dan Zainun (paling kanan) diapit oleh Kenny (dua dari kiri) dan Raja Ahmad Niza.


“Kami amat mementingkan kualiti untuk setiap produk yang dipasarkan. Setiap produk pasti melalui beberapa proses untuk mengetahui keberkesanannya,” terang Kenny kepada Kosmo!

Sebanyak 1,000 buah sampel cadangan produk yang bakal dijual akan diberikan kepada sasaran pengguna untuk dicuba dan maklum balas diambil.

Kata Kenny, produk akan dijual apabila lebih 80 peratus pengguna berkata barang yang dicuba berada dalam kategori baik.

Pada majlis yang sama, tiga orang jutawan BCI, Zaiton Omar,50, Zainun Salleh, 53, dan Mahadir Abd. Hadi, 40, menerima plak penghargaan atas kecemerlangan yang mereka capai.

Dalam tempoh setahun menjalankan perniagaan produk BCI, ketiga-tiga mereka sudah pun bergelar jutawan dan selesa dengan pendapatan yang tetap.

Zainun yang juga ahli perintis BCI memulakan langkah amat perit pada tiga bulan pertama untuk memperkenalkan produk-produk syarikat tersebut kepada umum.

Namun, sehingga kini, dia telah berjaya mengumpul hampir 10,000 orang ahli di bawahnya yang berasal dari Malaysia dan Indonesia.

“Saya berharap pada tahun hadapan, ahli BCI akan terus bertambah 10 kali ganda atau melebihi 100,000,” katanya sambil menadah tangan berdoa.

Majlis minum petang itu turut dihadiri oleh ahli-ahli BCI dari serata Malaysia selain Pengerusi BCI, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail dan Pegawai Media BCI, Munir Ghazali.

Rencana Utama!»

'Obama Indonesia' berjiwa rakyat

JOKOWI(kiri) bersama isterinya, Iriana (kanan) selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia.

Pesona!»

Jalani hidup sebagai penghidap kanser

ujian mamogram perlu dilakukan golongan wanita setahun sekali terutama yang berumur 40 tahun ke atas. – Gambar hiasan

Varia!»

Promosi produk Negeri Sembilan

Noorshila (kiri) dan Nurrul Nadia menunjukkan produknya pada Pameran Keusahawan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31