TERKINI

Seminar transformasi jiwa, minda UUM

Seminar transformasi jiwa, minda UUM

03/11/2011 11:43am

SINTOK 3 Nov. – Jabatan Canselori Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan seminar Transformasi Jiwa, Minda dan Budaya Kerja di Langkawi selama tiga hari mulai 30 November.

Pengarah Canselori UUM, Baharudin Yaacob berkata seminar bertemakan ”Pencapaian Diutamakan” itu bertujuan meningkatkan kemahiran asas ke arah peningkatan produktiviti dan pembentukan pemikiran positif, kerja cemerlang dan pengurusan sahsiah diri yang tinggi.

"Selain menyasarkan individu yang berminat, sasaran utama seminar ini ialah penjawat awam dan kakitangan sektor swasta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Baharudin berkata, yuran pendaftaran bagi peserta yang menempah bilik untuk seorang ialah RM1,149, bilik berdua (RM999) dan bagi yang ingin mengikuti kursus sahaja (RM899).

Potongan lima peratus yuran penyertaan akan diberi kepada organisasi yang mendaftar empat orang atau lebih.

Mereka yang berminat menghadiri seminar itu boleh menghubungi Norhanil di talian 04-928069/013-5045208, Adilah (04-9283017/017-5720499) atau Rosilah (04-9283098/013-4688532). – Bernama

Rencana Utama!»

Saingan jenama selebriti, pereka fesyen

Fenomena selebriti mengeluarkan koleksi pakaian jenama sendiri meskipun dilihat sebagai satu perkembangan sihat, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada perniagaan pereka fesyen tempatan terutamanya yang baru hendak mencipta nama dalam dunia fesyen.

Varia!»

Cabaran generasi celik teknologi maklumat

PENGGUNAAN rangkaian internet berupaya membawa perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi digital serta perkembangan pasaran antarabangsa.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31