NEGARA

<i>Battle BEST of the Band</i> jadi penanda aras

Battle BEST of the Band jadi penanda aras


SEBAHAGIAN peserta yang menyertai pertandingan Battle BEST of the Band pada Karnival BEST di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Pertandingan Battle BEST of the Band sempena Karnival Buat Elok Saja Tau (BEST) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini akan menjadi penanda aras bagi pertandingan serupa pada masa hadapan memandangkan syarat pertandingan yang digunakan tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Pegawai Hubungan Korporat dan Komunikasi Nasyeed Edutainment Sdn. Bhd., Muhamad Razin Che Mud berkata, antara syarat yang diwajibkan kepada peserta seperti penggunaan lirik yang berunsurkan ketuhanan mampu mengelakkan remaja terjebak dengan aktiviti melalaikan.

Dia yang juga penyanyi kumpulan nasyid Mestica itu berkata, syarat berkenaan juga amat bersesuaian dengan karnival ini yang mengutarakan penggunaan garis panduan hiburan berlandaskan syariat Islam.

“Alhamdullillah, peserta pertandingan ini tidak mempunyai masalah untuk mengikuti syarat-syarat yang diwajibkan kepada mereka dan ini membuktikan garis panduan itu tidak bermasalah untuk diikuti.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Pesona!»

Akupunktur, bekam dan pembetulan tulang belakang

KAIYISAH (tengah) bersama rakan kongsi, pakar kiropraktik, Dr. Ahmad Sobri Sanusi (kiri) dan Aizarena.

Varia!»

Inovasi penggendong bayi

KAIN bedung Ergobaby Swaddler membuatkan tidur bayi lebih lena dan lama.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16