TERKINI

Irama Kinabalu jadi acara antarabangsa

Irama Kinabalu jadi acara antarabangsa

22/10/2011 10:26pm

KUNDASANG Penganjuran acara muzik Irama Kinabalu (Rhythms of Kinabalu) akan dijadikan sebagai acara bertaraf antarabangsa, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, penganjuran acara itu oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersama Kementerian Pelancongan memberi idea kepada kementeriannya untuk menjadikan acara itu sebagai produk pelancongan baru berkonsepkan persembahan muzik di kaki Gunung Kinabalu.

"Kita mengambil peluang ini untuk menonjolkan muzik dan kebudayaan Sabah kepada masyarakat antarabangsa.

"Kebetulan acara ini diadakan sebagai acara sampingan kepada Mount Kinabalu International Climbathon yang kita adakan setiap tahun, katanya kepada pemberita selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman pada majlis perasmian acara itu di sini hari ini.

Masidi berkata, kementeriannya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan mengenai cadangan itu.

Beliau berkata, kementeriannya juga bersedia menjadi penganjur utama acara itu bermula tahun depan. Bernama

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 31