DIVA INTERAKTIF

Lagu Bunkface kena gam

Lagu Bunkface kena gam

GRUP Bunkface sentiasa hadir dengan lagu yang segar dan sesuai dengan jiwa anak muda tempatan.


CERITA lagu tak masuk radio ini memang sudah lama Diva dengar. Ramai juga anak muda pemuzik generasi baru yang mengadu lagu mereka susah masuk radio tertentu. Mereka kurang faham cara pemilihan. Ada yang merungut dengan rasa yang sangat sedih kerana mereka meletakkan usaha dalam setiap karya mereka yang dirasakan menepati piawaian untuk diperdengarkan di radio.

Tapi ini berlainan pula dengan cerita Bunkface yang kini sedang mempromosikan lagu terbaharu mereka yang bertajuk Panik. Boleh tahan juga lagu mereka. Sedap cara Bunkface.

Dengarnya lagu Panik karya Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Paan ini tidak lepas masuk radio RTM kerana ada perkataan reformasi. Diva hairan juga kerana reformasi bermaksud perubahan dan rasanya tidak salah menggunakan perkataan tersebut.

Bagi Diva tidak salah menggunakan perkataan tersebut dengan niat yang elok dan selari dengan lirik lagu. Tapi tak pandailah Diva nak komen lebih-lebih.

Diva: Nak puji lakonan Adibah Nor dan Tony Eusoff dalam teater The Secret Life of Nora. Meletup!

Rencana Utama!»

Sambal bilis ibu juadah istimewa Mohd. Faiz

MOHD. FAIZ SUBRI menerima ucapan tahniah daripada bintang bola sepak Brazil, Ronaldo selepas memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland,malam kelmarin. AFP

Horizon!»

Kolam mandi kanak-kanak pertama DBKL

Kolam mandi kanak-kanak mampu memuatkan sehingga 100 orang dalam satu-satu masa.

Process time in ms: 47