TERKINI

Prestasi IPG perlu lebih cemerlang - TPM

Prestasi IPG perlu lebih cemerlang - TPM

15/10/2011 2:40pm


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika berucap pada Majlis Dialog Bersama Warga Pendidik di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Raja Melewar, Seremban. - Utusan/MD.SHAHJEHAN MAAMIN


SEREMBAN Semua Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara perlu meletakkan sasaran lebih tinggi daripada biasa dan tidak cukup hanya dengan tahap cemerlang, kata Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Beliau berkata, jika institusi lain meletakkan sasaran cemerlang sebaliknya IPG perlu lebih tinggi daripada sasaran itu untuk merealisasikan usaha melahirkan modal insan dan tenaga kerja yang berkualiti, terlatih, berilmu dan berkemahiran.

"Tidak cukup dengan hanya cemerlang sahaja jika penanda arasnya 100 peratus, ia perlu lebih tinggi daripada itu seperti 110 (peratus) misalnya.

"Ini kerana peranan IPG amat penting sekali untuk membantu melahirkan tenaga pengajar berkemahiran dan berkualiti, sekaligus membantu menjana modal insan yang mempunyai kemahiran, terdidik dengan akhlak dan sahsiah yang baik, katanya semasa menyampaikan amanat sempena lawatan kerja ke IPG Kampus Raja Melewar di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, usaha ini penting memandangkan Malaysia hanya mempunyai 23 peratus tenaga mahir daripada keseluruhan tenaga kerja di semua sektor pekerjaan. Bernama

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 78