SUKAN

Mungkin tiada tempat

Mungkin tiada tempat

LONDON - Jurulatih England, Fabio Capello memberi bayangan bahawa penyerangnya, Wayne Rooney mungkin perlu berusaha lebih keras bagi merebut semula tempat dalam kesebelasan utama menjelang pusingan akhir Euro 2012 di Poland dan Ukraine nanti.

Rooney tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya satu perlawanan pada Euro 2012 gara-gara dilayangkan kad merah ketika England seri 2-2 dengan Montenegro Ahad lalu, kad merah keenam yang dikutipnya di pentas antarabangsa.

Disebabkan itu, Capello tidak teragak-agak memilih pemain lain di bahagian serangan, selain memberi amaran kepada Rooney untuk bekerja keras jika mahu merebut semula tempatnya di dalam skuad England.

“Saya bersedia menyisihkan Rooney,” jawab Capello apabila ditanya sama ada beliau bersedia untuk mengetepikan Rooney dalam skuad England.

“Sebagai pengurus, saya sentiasa mencari pemain yang terbaik di dalam skuad.

“Saya perlu fikirkan banyak perkara terutamanya dalam dua perlawanan awal apabila tidak dapat menggunakan khidmatnya.

“Untuk itu, dia perlu berusaha keras jika mahu kembali dalam kesebelasan utama,” kata jurulatih kelahiran Itali itu.

Menurut Capello: “(Jermain) Defoe bermain baik ketika menentang Arsenal. Daniel Sturridge juga begitu,” katanya.

Pada masa sama, Capello juga yakin dapat menguji beberapa pemain lain menjelang aksi persahabatan menentang Sepanyol pada 12 November depan.

“Rooney tidak akan bermain menentang Sepanyol. Saya mahu menguji pemain baharu, gaya baharu dan pergerakan yang berbeza.

“Kadang-kadang dia mungkin akan muncul sebagai pe main gantian, tetapi saya rasa mungkin tidak kerana saya

perlukan pasukan

terbaik di Euro 2012

nanti,” katanya. - AFP

Process time in ms: 31