TERKINI

Pameran Jurnal Muzium Sarawak

Pameran Jurnal Muzium Sarawak

10/10/2011 3:39pm

KUCHING - Jabatan Muzium Sarawak akan mengadakan Pameran Ulang Tahun Ke-100 Penerbitan Jurnal Muzium Sarawak pada Rabu ini.

Menurut kenyataan akhbar Jabatan Muzium Sarawak yang dikeluarkan di sini hari ini, pameran tersebut diadakan sempena ulang tahun ke-100 penerbitan Jurnal Muzium Sarawak sejak pertama kali diterbitkan pada 1911 oleh Kurator Muzium Major J.C Moulton.

Jurnal Muzium Sarawak yang antara lain memuatkan rencana sejarah, sejarah semula jadi, arkeologi dan etnologi itu terkenal kerana ia diedarkan di seluruh negara untuk mempromosikan pengetahuan sejarah kepulauan Borneo.

Untuk memantapkan lagi artikel dalam jurnal ini, Muzium Sarawak mengadakan pertukaran jurnal antara kurator-kurator dari Semanjung Malaysia, Sabah serta 37 negara luar.

Majlis perasmian pameran tersebut akan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Ipoi Datan. - Bernama

Rencana Utama!»

Si kecil lebih bebas belajar tanpa buku

Kanak-kanak ini akan melalui jadual yang berbeza supaya mereka tidak bosan pada setiap hari.

Stailo!»

Bakat empat peserta di pentas peragaan MiF

Dari kiri: Hazzerwan, Nur Sabrina, Nadia Hasmin dan Danial Arif bersama koleksi pakaian masing-masing.

Varia!»

Hab perkahwinan terbesar di One City

BARISAN model menunjukkan pakaian pengantin berbilang kaum yang boleh didapati di The Wedding Hub.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31