TERKINI

Gaji jurukimpal lebih tinggi dari menteri

Gaji jurukimpal lebih tinggi dari menteri

09/10/2011 4:39pm

MIRI Gaji seorang jurukimpal yang berkemahiran tinggi boleh mencecah paras lebih tinggi daripada gaji seorang menteri mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sarawak, kata Menteri Pembangunan Kebajikan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah hari ini.

Beliau berkata, tanggapan lama masyarakat bahawa jurukimpal adalah pekerjaan yang rendah tarafnya tidak berasas langsung memandangkan sudah ramai jurukimpal yang menikmati gaji melebihi RM10,000 sebulan.

Berucap merasmikan Majlis Graduasi Projek Latihan Perindustrian Jurukimpalan (LINK) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2011 Sekolah Menengah Vokasional Miri di sini, beliau berkata permintaan tinggi terhadap jurukimpal mahir di negara ini menyebabkan mereka yang baru mula bekerja dapat memperoleh gaji permulaan sekitar RM2,000 sebulan.

Permintaan terhadap jurukimpal dan pekerja mahir di Sarawak dijangka terus meningkat di Sarawak berikutan perkembangan sektor perindustrian di negeri ini, katanya.

Beliau berkata kajian berkaitan keperluan tenaga mahir bagi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mendapati seramai 425,210 pekerja mahir diperlukan menjelang 2030. - Bernama

Rencana Utama!»

SP Winds bawa pulang pingat perak

Para pelajar Seri Puteri mengakui berdebar ketika berada di atas pentas auditorium Stern.

Pemotoran!»

Momentum konsisten Vespa Sprint

DILENGKAPI ciri keselamatan seperti sistem ABS di bahagian roda hadapan bagi mengurangkan impak kemalangan ketika sesi tunggangan.

Varia!»

Memori manis F1 2015

SEKUMPULAN pengunjung beratur panjang pada sesi bertemu peminat sebelum perlumbaan bermula.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16