TERKINI

Cubaan seludup dadah RM2.8 juta gagal

Cubaan seludup dadah RM2.8 juta gagal

30/09/2011 6:34pm

NILAI - Dua cubaan untuk menyeludup dadah bernilai RM2.8 juta melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gagal semalam selepas berjaya dikesan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, percubaan pertama dikesan pada pukul 12.30 tengah malam menerusi penerbangan dari Jakarta, Indonesia melalui tiga beg pakaian.

"Hasil pemeriksaan ke atas bagasi penumpang, anggota kita menemui dadah jenis Ketamin yang disorokkan dalam bagasi mereka. Hasil imbasan x-ray, kita melihat dadah itu disembunyikan dalam 30 bungkusan makanan bijiran, katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Ekoran penemuan itu, dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia di antara 30 hingga 40 tahun ditahan, katanya.

Dadah itu dianggarkan benilai RM330,000 dengan berat 30 kilogram dan jika sabit kesalahan, ketiga-tiga mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952, katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Tingkatkan pendapatan penternak

PROGRAM Pembangunan Tenusu di Vietnam bertujuan untuk mengoptimumkan keuntungan.

Pemotoran!»

HLYM kukuhkan saingan motosikal kuasa tinggi

CH Ng (tengah) bersama dua pelumba pasukan Yamaha MotoGP turut menyertai majlis pelancaran model MT-07 di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Horizon!»

Percutian santai di bumi Perlis

PARA pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makanan kepada burung unta di Taman Agro-Lancong.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31