SUKAN

Skuad bola wanita ada semangat baharu

Skuad bola wanita ada semangat baharu

SKUAD bola sepak wanita kebangsaan yang dibentuk semula bermula dengan semangat baharu apabila menumpaskan Singapura 2-0 dalam perlawanan persahabatan sulung di republik itu, Sabtu lepas.

Jurulatih Jacob Joseph berkata, kemenangan itu hasil daripada gabungan pemain baharu yang kebanyakannya pemain futsal di peringkat kebangsaan.

“Kemenangan ini sememangnya satu bonus buat pasukan negara kerana Singapura mempunyai pemain hebat dan telah lama dibentuk. Malah, ia mempunyai sembi- lan kelab bermain dalam liga bola sepak wanita republik itu.

“Tetapi bagi pasukan negara, mereka semua rata-ratanya baharu dan masih kurang pendedahan pada perlawanan antarabangsa,” katanya semalam.

Pada perlawanan di Stadium Jalan Besar itu, gol skuad negara dijaringkan Siaaya Ajad pada minit ke-12 dan Norsuriani Mazli (68).

Jacob yang pernah memimpin skuad wanita ketika temasya sukan SEA 2001 Kuala Lumpur berkata, beliau kagum dengan semangat para pemainnya kerana mampu menghadapi pelbagai rintangan dengan menjalani pemilihan latihan pusat yang singkat.

Skuad wanita bakal beraksi pada Kejohanan Piala AFF Wanita di Vientiane, Laos pada 16 hingga 25 Okto- ber depan sebelum mengerah tenaga pada temasya Sukan SEA di Indonesia, November.

“Kami menghadapi masalah kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membentuk skuad wanita yang kuat.

“Namun, saya yakin mereka mampu memberikan cabaran,” katanya yang juga bekas jurulatih pasukan Liga Premier Majlis Perbandaran (MP) Muar 2010/2011.

Dalam usaha memantapkan kemampuan pasukan wanitanegara , Jacob telah mengaturkan siri perlawanan persahabatan dengan tiga kelab liga bola sepak wanita Thailand mulai awal Oktober depan.

Senarai skuad wanita kebangsaan:

Rozaini Bakar, Nuratikah Ramli, Siaaya Ajad, Norsuria- ni Mazli,Steffi Sarge Kaur, Angela Anakkis, Rozeinie Dusileh, Nabila Waim, Esiilah Esar, Saerelynn Elly Pius, Masturah Majid, Norhanisa Yahya, Maznah Ali, Jaciah Ju- milis, Zaryatie Zakaria, Fatin Saahida Azmi.

Process time in ms: 47