SUKAN

Gerrard membarajulang Liverpool

Gerrard membarajulang Liverpool

LIVERPOOL - Steven Gerrard kini begitu bersemangat mahu membantu Liver- pool menamatkan kemarau trofi kejuaraan sejak 2006.

Gerrard yang diketepikan sejak Mac lalu gara-gara kecederaan pangkal paha, kembali membuat penampilan sebagai pemain gantian ketika The Reds menewaskan Brighton 2-1 pada pusingan ketiga Piala Liga kelmarin.

Kapten Liverpool itu yang dijangka diturunkan ketika menentang Wolves di Anfield malam ini menyifatkan ketiadaan- nya dalam skuad The Reds sejak enam bulan lalu sebagai mimpi ngeri.

Namun, Gerrard berazam menjadikan kehilangannya selama ini sebagai pemba- kar semangat bagi membantu pengurus Kenny Dalglish menamatkan misi kemarau trofi di Anfield.

"Kami gembira layak ke pusingan sete- rusnya (Piala Liga) dan saya berharap dapat mempamerkan aksi yang terbaik pada perlawanan Sabtu nanti (hari ini).

"Telah terlalu lama Liverpool tidak menjulang sebarang piala dan tidak beraksi di pentas Eropah yang sepatutnya di- manfaatkan oleh semua pemain.

"Sepanjang tempoh enam bulan sebelum ini, sememangnya ia satu mimpi ngeri bagi saya kerana saya hanya meyaksikan perlawanan dari tepi padang.

"Apa pun, ia telah berakhir dan saya harap dapat disenaraikan dalam kesebe- lasan utama selepas ini," kata Gerrard.

Kehadiran semula Gerrard dijangka dapat memperkuatkan England yang akan menentang Montenegro bagi aksi Kelaya- kan Euro 2012 pada 7 Oktober depan.

Namun pada masa yang sama, Dalglish mengingatkan jurulatih England, Fabio Capello supaya berhati-hati daripada terburu-buru menurunkan Gerrard bagi mengelak risiko kembali tercedera. - AFP

Rencana Utama!»

Ukiran kayu cerminan kisah nenek moyang

Samri mengambil masa antara tiga minggu hingga dua bulan untuk menyiapkan sesebuah karya.

GenK»

Pelajari kemahiran ikhtiar hidup

AKTIVITI penjelajahan hutan memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar Hutan Lipur Sungai Tua.

Varia!»

Getaran simbolik karya Mad Anuar

MAD ANUAR mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan arca Perentas Ribut No. 18.

Process time in ms: 63