TERKINI

Keldai dadah dibenar beri keterangan baru

Keldai dadah dibenar beri keterangan baru

20/09/2011 7:04pm

PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan seorang keldai dadah rakyat Singapura yang dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan menyeludup dadah, mengemukakan keterangan baru dalam rayuannya.

Keterangan itu merupakan kandungan dalam perintah tahanan yang dikeluarkan kepada seorang warga Ghana, Nartey Stanley mengikut Seksyen 6 (1) Akta Dadah Merbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, lelaki yang didakwa oleh seorang ibu tunggal Noor Atiqah M. Lasim sebagai penyeludup dadah sebenar.

Panel tiga Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, Datuk Ramly Ali dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara mengarahkan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam mengambil keterangan itu.

Selaras dengan Seksyen 61 (2) Akta Kehakiman 1964, Hop Bing berkata, setelah mengambil keterangan, Hakim Noor Azian Shaari hendaklah mengesahkan keterangan itu, dengan kenyataan mengenai pandangan beliau terhadap kes tersebut berkaitan keterangan baru dan kemudian mengemukakan semula pandangannya ke mahkamah rayuan yang akan digunakan dalam proseding rayuan Noor Atiqah.

Panel itu menetapkan 6 Okt untuk sebutan kes Noor Atiqah di Mahkamah Tinggi itu dan 22 Nov bagi pengurusan kes di mahkamah rayuan. Bernama

Rencana Utama!»

Ambil masa sehari proses serunding

SEBANYAK 160kg serunding daging dihasilkan pada bulan Ramadan berbanding 120kg pada hari-hari biasa.

Varia!»

Cegah penyakit batu karang

SISTEM penghadaman kucing amat berbeza daripada manusia dan haiwan itu tidak boleh diberi makan ikan, nasi atau makanan pedas. -Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0