HIBURAN

Nostalgia Saloma buat Mariani

Nostalgia Saloma buat Mariani


MARIANI bakal muncul di layar perak menerusi filem Hanya Dikau.


ABADI tersemat utuh di dinding restoran Saloma Bistro potret bintang terkenal era 50-an dan 60-an, Salmah Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Saloma.

Begitu juga setianya kasih dan sayang terhadap adiknya, Mariani Ismail, 78, yang merupakan seniwati yang tidak asing lagi dalam industri lakonan tanah air.

Masih kekal aktif di usia emasnya, pelakon filem Ahmad Albab, Tiga Abdul dan Labu Labi itu yang selesa membahasakan dirinya Mummy juga tidak putus-putus menerima tawaran berlakon.

“Mummy sangat rapat dengan Mama (Saloma), sikapnya yang masih melekat dalam jiwa Mummy sampai sekarang, dia sebenarnya malas membeli-belah.

“Biasanya Mummy yang akan belikan pakaian untuk dia memandangkan ukuran kami hampir sama, dulu pinggang kami lebih kurang saja, Mama 22 inci dan Mummy 24 inci,” ceritanya mengimbau sekelumit kenangan silam dengan kakak tercinta.

Tambahnya yang ditemui pada majlis rumah terbukanya di Saloma Bistro, Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, tempat itu umpama rumah keduanya dek kerana kenangan yang terlalu banyak antaranya dan Saloma.

“Terlalu banyak nostalgia antara tempat ini (Saloma Bistro) dan Mummy, setiap kali melangkah masuk ke sini Mummy akan teringat kenangan antara Mummy dan Mama,” kata seniwati itu lagi.


HARI terbuka Mariani dimeriahkan dengan kehadiran dua anak Mariani, Rozita (kiri) dan Melissa Saila.


.

Kendatipun usianya menjengah ke angka 80, Mariani masih lagi disunting berlakon. Terbaru, seniwati kelahiran Tanjong Pagar, Singapura itu akan tampil dengan beberapa filem antaranya Hanya Dikau dan Dari Kerana Mata.

“Mummy tidak akan berhenti berlakon selagi mendapat permintaan dan tawaran, selagi tidak menyusahkan orang dan selagi boleh menghafal dialog,” luahnya berbalut jiwa kental.

Tolak genre seram

Dalam pada itu, Mariana menegaskan dia sudah berhenti daripada menerima watak dalam cerita seram. Katanya, penat bersolek mengalahkan keringatnya berlakon.

“Mummy sebenarnya penat bila tiap kali perlu bersolek untuk merealisasikan watak seram, kadangkala sampai empat jam, itu belum termasuk nak tanggalkan solekan dan pakai kanta lekap yang sangat memedihkan mata,” ujarnya yang bakal menjalani pembedahan katarak mata tidak lama lagi.

Berbicara mengenai bayaran yang patut diterima aktres veteran yang sudah banyak menghiasi layar seni, Mariani tidak sesekali meletakkan harga buat dirinya.

Berpandukan pengalaman dan pencapaian yang diraih sudah cukup untuk mewakili bayaran yang selayaknya diterima.

“Mummy tidak pernah letakkan bayaran buat diri Mummy, anda nilai sendiri berapa yang seharusnya Mummy terima, Mummy tidak mahu diniaga seperti ikan di pasar.

“Seni itu tidak boleh dijual beli dan Mummy tidak berkira walau dibayar sedikit,” getusnya berhemah.

Varia!»

Mesin digital payudara tomosintesis

AMIRUDDIN (kanan) melancarkan mesin digital payudara tomosintesis sambil diperhatikan Syariffa Sabrina (dua dari kanan), Roslan dan Eddy di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16