NEGARA

Budak nyaris maut terbakar

Budak nyaris maut terbakar


HELMI dipangku Che Rahmah bersama Mohd. Sidek dan dua kakaknya di hadapan rumah mereka yang hangus di Bachok, Kelantan semalam.


BACHOK - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun nyaris maut selepas rumah papan satu tingkat yang didiami keluarganya di Taman Perumahan Nelayan Kampung Kandis dekat sini hangus terbakar pada pukul 6 petang kelmarin.

Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kandis, Mohd, Helmi Mohd. Sidek pada mulanya duduk di depan rumahnya ketika api sedang marak di sebuah bilik tidur di tingkat atas.

Bagaimanapun, dia secara tiba-tiba berlari masuk ke dalam rumah yang sedang terbakar. Mujurlah dia sempat diselamatkan oleh seorang jirannya.

Bapa mangsa, Mohd. Sidek Awang, 54, berkata, ketika kejadian, dia sedang minum di sebuah kedai kopi berhampiran manakala isterinya, Che Rahmah Che Amat, 50, keluar mengambil upah menyusun daun tembakau di kampung berdekatan.

Katanya, semasa kejadian hanya Helmi tinggal di rumah manakala dua kakaknya, Illiana Tasha, 12, dan Suzana, 17, pergi ke rumah kawan mereka.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rencana Utama!»

Kisah penghuni Wilayah Persekutuan

KETENANGAN di Putrajaya menyebabkan Abu Marshah setia menetap di situ sejak 14 tahun lalu.

Pemotoran!»

Mazda2 kini di Malaysia

Bahagian hadapan Mazda2 didominasikan dengan penggunaan gril bersaiz besar.

Varia!»

Sekolah pilihan ibu bapa

Rekod kecemerlangan sekolah terutama daripada aspek akademik antara faktor yang dipertimbangkan ibu bapa. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31