RENCANA UTAMA

Pasar Jawa hab kerepek

Pasar Jawa hab kerepek


KEREPEK bawang yang rangup dan enak adalah antara snek tradisi popular di Pasar Jawa, Klang.


WALAUPUN bukan satu pilihan makanan utama untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pasar Jawa yang terkenal di bandar Klang sibuk dengan pelanggan yang bertandang untuk membeli kerepek-kerepek terbaik di negeri Selangor.

Setiap kali menjelang Ramadan, Nor Aini Razali, 43, dari Subang Jaya tidak ketinggalan mengunjungi pasar tersebut. Katanya, pasar itu menawarkan pilihan kerepek-kerepek yang sedap dan murah. Tidak terkecuali, ia menawarkan pilihan biskut raya yang pelbagai.

“Saya biasa datang jika ada kenduri, majlis di rumah dan menjelang raya. Saya rasa di sini adalah antara tempat untuk mendapatkan kerepek yang terbaik,” ujar Aini.

Nor Aini ialah salah seorang pelanggan yang dilihat sibuk membuat pilihan berbelanja beberapa jenis kerepek menjelang Aidilfitri.

“Saya berbelanja kira-kira RM100 untuk membeli kerepek dan biskut,” katanya.

Pasar Jawa yang dikenali sebagai ‘syurga kerepek’ itu terletak bersebelahan Masjid Diraja Bandar Klang Utara dekat Jalan Pasar dan ia menempatkan gerai-gerai jualan pelbagai barangan keperluan keluarga Melayu khususnya.

Umumnya, pada malam sebelum Hari Raya Aidilfitri, kawasan tersebut sesak dengan pelanggan yang datang berkenderaan dari daerah Klang, Banting, Kuala Selangor, Shah Alam, Subang malah Kuala Lumpur. Lazimnya, kesesakan itu berpunca daripada amalan mereka yang gemar membeli-belah pada saat akhir.

“Menjelang hari raya, kami terpaksa tidur di sini untuk menguruskan perniagaan. Ia seolah-olah satu tradisi di Pasar Jawa,” ujar penggerai No. 6, Kedai Mat Amin di Pasar Jawa, Hafiz Mad Amin, 22.


PELANGGAN boleh memilih pelbagai jenis kerepek yang dibungkus dalam pek berlainan saiz dan berat.


Beliau yang berniaga bersama bapa dan adik-beradik memberitahu, pasar tersebut ialah lokasi yang terkenal bagi mendapatkan kerepek yang banyak didatangkan daripada industri pembuatan kerepek di Banting dan Sungai Besar, Selangor.

Paling laris

“Selain itu, kami juga ada menjual kerepek yang dibawa dari Kuala Selangor, Johor dan Indonesia, khususnya kerepek yang belum digoreng.

“Di sini, kerepek yang paling laris ialah kerepek ubi dan pisang tanduk. Ia mungkin kerana rasanya yang sedap dan mudah diperoleh,” ujar Hafiz.

Di samping itu, Kedai Mat Amin turut dikenali kerana menjual kerepek ikan dari Terengganu.

Bapa Hafiz, Mad Amin Maulan memberitahu, lazimnya pelanggan akan datang membeli secara borong di situ.

“Bagi perniagaan borong, kami menyediakan pembungkusan daripada 3 kilogram (kg) dan 5kg ke atas. Bagi pembelian runcit biasa, kami menyediakan pembungkusan setengah dan satu kilogram,” katanya.

Seorang lagi peniaga di Pasar Jawa iaitu Mohd. Saleh Masran, 38, dan isterinya, Jamalizwati Mat Shukor, 31, mengakui perniagaan menjelang hari raya bertambah hampir dua kali ganda.

Jika pada hari biasa mereka berniaga dari pukul 9 pagi hingga 7 malam, pada bulan Ramadan pula waktu perniagaan terpaksa dipanjangkan.

“Dua atau tiga hari sebelum Hari Raya, kami terpaksa berniaga lebih lama,” ujar mereka.

Berniaga sejak 1973, Saleh memberitahu, Pasar Jawa begitu sinonim sebagai pusat sehenti untuk pembelian kerepek di Selangor.

Dalam kalangan pembeli, pembelian kerepek ibarat satu kemestian memandangkan ia lebih diminati sebagai snek sepanjang masa berbanding biskut raya yang rata-ratanya manis.

“Setiap kali saya datang membeli kerepek pada musim raya, saya akan membelanjakan kira-kira RM300.

“Biasanya kerepek menjadi pemberian sewaktu melawat rumah mertua, sanak saudara dan kawan-kawan sepanjang Syawal. Kerepek wajib beli ialah kerepek ubi dan muruku,” kata seorang pembeli, Siti Zulaiha Sulaiman, 26, dari Klang.

Stailo!»

Mengangkat warisan Scotland

STOKING dipakai hingga mencecah paras lutut dalam gaya pemakaian kain tartan.

Varia!»

Nilai moral rakyat Malaysia mula terhakis

PERISTIWA model memakai pakaian dalam dan menjalani sesi fotografi di tempat awam di Ipoh telah mengejutkan rakyat Malaysia baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0