TERKINI

Pelajar Politeknik Merlimau maut kemalangan

Pelajar Politeknik Merlimau maut kemalangan

25/08/2011 6:43pm

JASIN Dua pelajar Politeknik Merlimau terbunuh dalam kemalangan jalan raya di kilometer 26 Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin malam tadi, menurut Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam.

Beliau berkata, mangsa Farah Nabila Sazali dari Parit Raja, Muar, Johor dan Mohammad Izuan Abdul Majid dari Mersing, Johor terbabit dengan kemalangan itu pada pukul 12.30 malam tadi.

Kedua-dua mangsa berumur 20 tahun yang menaiki kereta kancil meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit selepas dilanggar kereta Proton Wira Aeroback dan Ford Laser dari arah belakang mengakibatkan kereta yang mereka naiki terbalik di tengah jalan, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Che Suza berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton wira Aeroback dan Ford Laser itu dikatakan hilang kawalan dipercayai dipandu laju.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang kereta Proton Wira Aeroback cedera parah manakala pemandu kereta Ford Laser dalam keadaan kritikal.

Ketiga-tiga lelaki terbabit belum diketahui identiti dihantar ke Hospital Muar, Johor untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa maut dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. Bernama

Rencana Utama!»

Cabaran harian doktor gigi kaki lima

Rata-rata penduduk miskin lebih selesa mendapatkan rawatan di klinik gigi jalanan.

Pesona!»

Hepatitis C boleh dirawat

Virus Hepatitis C boleh menyebabkan komplikasi hati yang teruk. Gambar hiasan

Varia!»

Nikmat koko keluaran Indonesia

Inilah rupa biji koko yang telah dikupas sebelum dikeringkan di Kecamatan Tiga Binanga Kabupaten Karo, Sumatera Utara.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31