TERKINI

11 peniaga bazar diarah henti operasi

11 peniaga bazar diarah henti operasi

18/08/2011 1:51pm

BESUT — Sehingga kini sudah 11 peniaga makanan dan minuman di Bazar Ramadan di Terengganu diarah menghentikan perniagaan selepas mereka didapati menjual makanan yang dicemari dengan bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, sampel makanan tercemar itu diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang membuat pemeriksaan di semua Bazar Ramadan seluruh negeri sejak awal Ramadan.

Beliau berkata, 11 daripada 178 sampel makanan dan minuman dari Bazar Ramadan yang diambil sejak beberapa hari lalu didapati mengandungi bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

"Sampel makanan yang tercemar itu dikesan di tujuh gerai di Kemaman, tiga di Kuala Terengganu dan satu di Marang yang diambil sejak awal puasa baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, sehingga semalam, pihak Jabatan Kesihatan Negeri sudah memeriksa 2,075 gerai yang dikendalikan oleh seramai 5,114 pengendali yang berdaftar. — Bernama

Rencana Utama!»

Simfoni Malaysia di pentas dunia

ALLAHYARHAM Sudirman sewaktu diiktiraf sebagai Penghibur Terbaik Asia di London pada tahun 1989.

Pesona!»

Bersengkang mata demi perniagaan

RAHAYU (kanan) memberi penerangan kepada pelanggan cara-cara menggunakan tuala wanita kain kapas pakai buang.

Varia!»

Gangguan otak punca bunuh

SUSPEK yang membunuh empat sekeluarga di sebuah kilang pemprosesan ayam di Pulau Pinang ditembak mati Polis baru-baru ini. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32