TERKINI

Polis berkas dua lelaki kes bunuh ah long

Polis berkas dua lelaki kes bunuh ah long

17/08/2011 6:34pm

KUALA LUMPUR Seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing ditahan di kawasan Puchong hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pemberi hutang atau ah long di Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua lelaki itu, yang seorang daripadanya pemilik premis kopitiam dan karaoke di kawasan Petaling Jaya Commercial City, ditahan reman tiga hari mulai hari ini.

"Rakaman kamera litar tertutup di dalam premis itu akan digunakan bagi membantu siasatan kes ini, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Phua Wei Loon, 25, ditemui mati oleh rakannya di premis itu selepas dia mengutip hutang kira-kira 9.30 malam.

Polis percaya pemilik premis itu dan Wei Loon bergaduh sebelum mangsa ditetak yang menyebabkan kematiannya. Bernama

Rencana Utama!»

Pembuat coklat Upin & Ipin

SELEKSI coklat berperisa yang menjadi antara produk paling laris keluaran OAM Food Industries.

GenK»

Impian buka akademi lumba motor

Muslim (kiri) dan Siti Zainab sentiasa menyokong perjalanan karier Siti Fatimah.

Varia!»

Unsur patriotisme dalam karya abstrak

Dari kiri, Nazatulnisa, Zaharin dan Abdul Azim antara pelukis yang menjayakan pameran Abstrak Merdeka.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32