VARIA

Hidangan istimewa Asia Barat

Hidangan istimewa Asia Barat

KEBAB KAMBING MASHWI


JIKA sudah bosan dengan menu-menu sajian tradisional untuk berbuka, apa kata hari ini bawa ahli keluarga dan para sahabat untuk menikmati kepelbagaian juadah berbuka puasa bertemakan juadah negara-negara Asia Barat di Hotel Melia Kuala Lumpur.

Di El Patio Cafe Restaurant, terdapat kira-kira 80 pilihan juadah berbuka puasa terdiri daripada menu utama, pencuci mulut, buah-buahan dan sebagainya.

Menurut eksekutif chefnya, Mohamaad Shariff, terdapat kira-kira 20 hidangan Asia Barat yang pasti memuaskan hati antaranya khouzi, bhakalava (pastri), bamia billaham (daging yang dimasak dengan bendi), ummi ali (puding roti) dan banyak lagi.


MOHAMAAD menunjukkan hidangan istimewa kambing bakar pada promosi hidangan bufet Ramadan di Hotel Melia Kuala Lumpur.


Penggemar sup boleh mencuba shourbat adas iaitu hidangan sup yang terkenal dengan rasa masam, atau boleh juga mencuba hummus dan tabboulleh yang merupakan masakan tradisi Asia Barat sejak turun temurun.

Hidangan istimewa Asia Barat yang menjadi kegemaran di restoran itu antaranya ialah kaki kambing panggang yang dibakar dengan sayuran Mediterranean, kebab kambing mashwi dan nasi machbous. Tidak dilupakan hidangan ayam shawarma dengan roti Lebanon yang merupakan makanan ruji di Asia Barat.

Bagi mereka yang sukakan hidangan tempatan, jangan bimbang kerana di sini hidangan tempatan tetap tidak dilupakan.

Antara hidangan yang pastinya menarik perhatian ialah ikan masak lemak cili padi, rendang tok, ikan panggang, pajeri nanas dengan terung dan sebagainya.

Hidangan pembuka selera yang boleh dicuba antaranya ialah Oren Morocco dan salad lobak, salad fatoush dengan keju feta serta hidangan tempatan antaranya pasembor dengan sos kacang, tahu goreng berlada, ulaman dan tempe.


IKAN MERAH ASIA BARAT.


Pastikan anda masih mempunyai ruang untuk mengisi hidangan pencuci mulut sama ada hidangan khas Asia Barat atau tempatan, buah-buahan tempatan dan pilihan kek, bubur pulut hitam dan kuih-kuih tradisional Melayu.

Kesemua hidangan itu disediakan sepanjang bulan Ramadan secara bufet pada harga RM78++ seorang (dewasa) dan RM39++ bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas.

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 125