TERKINI

Dua maut dalam kemalangan di Lebuh AMJ

Dua maut dalam kemalangan di Lebuh AMJ

14/08/2011 8:18pm


KEADAAN kereta Cynthia Lim Chin Gek, 24 dan kereta Ismail Zainol Abidin,45, yang maut dalam satu kemalangan jalan raya di lampu isyarat simpang tiga Jalan Datuk Md. Zin, Lebuh AMJ, Cheng di Melaka, semalam. Utusan/GAIE UCHEL


MELAKA Seorang jururawat dan seorang lelaki maut apabila kereta yang mereka pandu bertembung di persimpangan lampu isyarat, Jalan Datuk Md. Zin, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), Cheng di sini, awal hari ini.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Tengah ASP V.Gunasegaran berkata kemalangan kira-kira 4 pagi itu menyebabkan Cynthia Lim Ching Gek, 24, yang bertugas di Pusat Perubatan Mahkota dan pemandu teksi Ismail Zainol Abidin, 45, mati di tempat kejadian.

"Ismail yang datang dari arah Alor Gajah menghala ke Bandar Melaka berlanggar dengan kereta yang dipandu Cynthia dari arah bertentangan, katanya yang menambah kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.

Sementara itu, isteri Ismail, Shuraini Md. Derani, 40, berkata Allahyarham sempat memberikan wang sebagai tambang bas anak sulung mereka yang akan pulang ke asrama di Batu Berendam petang ini.

"Allahyarham sempat bersahur hidangan nasi ayam bersama saya dan empat orang anak sebelum keluar dari rumah di Taman Sri Kelemak, Alor Gajah untuk bekerja di Melaka Sentral, kira-kira jam 3.30 pagi, katanya ketika ditemui di Hospital Melaka. Bernama

Varia!»

Baju baharu pada 1 Syawal

JASLEEN dan Kirpal (berdiri belakang dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Julaina dan Bob Komando serta anak-anak mereka di Gulati's, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0