NEGARA

Cara baharu buang sampah

Cara baharu buang sampah

MASYARAKAT perlu dididik membuang sampah dengan cara yang betul sejak kanak-kanak lagi. - Gambar hiasan


JOHOR BAHRU - Selepas terbiasa membuang sampah sesuka hati dalam satu beg plastik, rakyat Malaysia kini perlu mengasingkan sampah mengikut kategori sebelum membuangnya ke dalam tong sampah di hadapan rumah masing-masing mulai 1 September ini.

Langkah tersebut perlu dilaksanakan oleh rakyat negara ini berikutan penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara 2007 (Akta 672) pada tarikh yang sama.

Antara sampah yang perlu diasingkan ialah plastik, kaca dan kertas supaya dapat dikitar semula.

Ia melibatkan isi rumah seramai 6,396,174 dengan jumlah kediaman sebanyak 7,380,865 buah di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung berkata, langkah tersebut bertujuan mendidik orang ramai terhadap kepentingan menguruskan sisa pepejal.

"Mereka yang gagal mematuhi peraturan ini akan didenda.

"Meskipun undang-undang ini sudah ada, pelaksanaan denda itu hanya akan dilakukan dalam tempoh dua tahun lagi.

"Sehinggalah mereka bersedia, barulah hukuman denda itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi,'' katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Impian setiap kaki pancing

MAZNAH (tiga dari kanan) berjaya menangkap seekor ikan layaran seberat 60 kilogram pada hari kedua RPBIC 2014 di perairan Rompin.

Varia!»

Rekrut ahli melalui Facebook

AHLI-AHLI militan ada yang direkrut melalui laman Facebook. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15