TERKINI

Sindiket curi pondok telefon awam tumpas

Sindiket curi pondok telefon awam tumpas

09/08/2011 4:43pm

SHAH ALAM - Polis Selangor menumpaskan satu sindiket mencuri pondok telefon awam dengan tertangkapnya lima suspek dalam serbuan ke atas sebuah kedai barangan lusuh berlesen di Bandar Baru Bukit Beruntung.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kelima-kelima lelaki rakyat tempatan berumur antara 20 hingga 40 tahun ditahan pada pukul 6.05 petang pada 26 Julai lepas.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 14 pondok telefon dan 50 gagang telefon berwarna merah, sebuah lori dan sebuah kereta Proton Satria, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pondok telefon awam yang dicuri itu dianggarkan bernilai RM960,000, katanya.

Tun Hisan berkata, siasatan mendapati sindiket itu bukan sahaja melakukan perbuatan itu di Selangor tetapi juga di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak, dan Kuala Lumpur. - Bernama

Varia!»

Ahli sejarah, arkeologi bertemu di Sarawak

PELBAGAI khazanah dipamerkan membabitkan 21 muzium di seluruh negara bermula esok hingga 26 Mei ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15