DUNIA

Filem beruk kuasai box-office di AS

Filem beruk kuasai box-office di AS


SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem Rise of the Planet of the Apes.


LOS ANGELES - Filem Rise of the Planet of the Apes meraih kutipan tiket tertinggi pada tayangan hujung minggu lalu.

Filem terbitan studio 20th Century Fox itu menjana kutipan tiket AS$54 juta (RM162.9 juta) pada tayangan pembukaannya sekali gus mengungguli carta box-office AS.

Menampilkan James Franco, Freida Pinto dan Andy Serkis sebagai watak utama, Rise of the Planet of the Apes mengisahkan bagaimana spesies beruk berevolusi menguasai dunia daripada manusia.

Berada di tangga kedua ialah filem The Smurfs yang diadaptasikan daripada watak kartun popular dengan kutipan tiket AS$21 juta (RM63.40) diikuti filem sains fiksyen Cowboys & Aliens yang menjana kutipan AS$15.8 juta (RM47.6 juta) di tempat ketiga.

Filem komedi lakonan Ryan Reynolds dan Jason Bateman, The Change-Up menduduki tempat keempat apabila memperoleh kutipan tiket AS$13.5 juta (RM40.7 juta) manakala Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 memperoleh kutipan AS$12.2 juta (RM36.8 juta) untuk mengekori di tempat kelima selepas beberapa minggu ia ditayangkan.

Filem terakhir Harry Potter itu turut menjana perolehan keseluruhan mencecah AS$1.13 bilion (RM3.4 bilion) hasil tayangan di seluruh dunia. - AP

Rencana Utama!»

Teruja sambut Aidilfitri di Malaysia

MUHAMMAD Rasyad, (kiri), Muhammad Adam (tengah) dan Zuhaira menyambut hari raya pertama bersama mualaf lain di Hidayah Centre Foundation sebelum berlepas ke Abu Dhabi pada hari raya kedua.

Process time in ms: 31