NEGARA

Gotong-royong sediakan juadah berbuka

Gotong-royong sediakan juadah berbuka

KUALA TERENGGANU - Gotong-royong menyiapkan juadah berbuka puasa adalah acara kemuncak program Kembara Ramadan Jalur Gemilang (KRJG) anjuran Jabatan Penerangan bagi daerah Kuala Terengganu.

Program berlangsung di dua tempat iaitu pekarangan Masjid Kampung Tok Jembal di sini malam kelmarin untuk majlis berbuka puasa dan bersahur di rumah anak yatim Darul Hilmi, Teluk Ketapang, Seberang Takir.

Peserta yang terdiri daripada 54 buah kenderaan kakitangan Jabatan Penerangan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), mengelilingi kampung dengan mengibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Negeri Ahmad Raazif Abdul Rahman (gambar) ketika merasmikan program itu melahirkan rasa kagum kerana persiapan untuk berbuka puasa dibuat secara bergotong-royong.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Process time in ms: 16