TERKINI

Ditahan bawa 5.8kg dadah jenis ketamin

Ditahan bawa 5.8kg dadah jenis ketamin

01/08/2011 5:26pm

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah berjaya menahan seorang lelaki yang membawa dadah jenis ketamin seberat 5.8 kilogram dan disembunyikan dalam bagasi semasa tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) Terminal 2, kira-kira pukul 5 petang semalam.

Dengan barang rampasan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM104,000, kes ini merupakan rampasan dadah terbesar oleh Jabatan tersebut bagi tahun ini.

Timbalan Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan) Sabah, Hamzah Sundang berkata, suspek yang berumur 26 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan, juga dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah berbahaya. Jika disabit kesalahan hukumannya gantung sampai mati. Suspek akan direman bermula hari ini,” katanya pada satu persidangan media di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, hasil daripada pemantauan dan penilaian risiko terhadap penumpang-penumpang yang baru tiba daripada Shenzhen, China, melalui penerbangan AirAsia, unit pemeriksaan penumpang Jabatan tersebut telah menahan suspek selepas bagasinya diimbas melalui mesin pengimbas di balai ketibaan lapangan terbang tersebut. – Bernama

Rencana Utama!»

Berbasikal bawa misi keamanan sejagat

Ahmad (kiri) dan Noradilah membuat persediaan selama lapan bulan sebelum memulakan ekspedisi.

Stailo!»

Kongsi teknik solekan di media sosial

TEKNIK solekan yang diajar Shafiqah akan dimuat naik ke laman YouTube.

Varia!»

Usaha pulihara Sungai Kinabatangan

Kertijah (kiri) menanam anak pokok di kawasan hutan Sungai Kinabatangan.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47