NEGARA

Hafizi juara IMQ musim pertama

Hafizi juara IMQ musim pertama


HAFIZI (kanan) bersama Muhammad Nazri (tengah) dan Amran selepas majlis pengumuman IMQ di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Hafizi Abdillah Rusli, 26, dinobatkan sebagai juara musim pertama Imam Muda Qaryah (IMQ) Pelapis Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pelajar jurusan Sarjana Pengajian Islam itu mengalahkan seramai 850 peserta termasuk dua lagi finalis pada majlis yang diadakan di Kompleks Pusat Islam di sini kelmarin. "Agak sukar untuk sampai sehingga ke tahap ini kerana setiap peserta mempunyai kelebihan seperti hafazan serta hafalan bacaan al-Quran bertaranum dan penguasaan pengucapan awam dalam tiga bahasa iaitu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

"Namun sokongan daripada isteri, Fatimah Abdul Rahman ibu-bapa dan rakan- rakan banyak membantu," katanya ketika ditemui kelmarin.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Selain Hafizi, finalis akhir iaitu Muhammad Nazri Musa, 37, mendapat tempat kedua, manakala Amran Mat Ariffen, 37, di tempat ketiga. Hafizi membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 bersama pakej menunaikan umrah, sijil tauliah mengajar daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sijil penyertaan beserta hadiah iringan berupa komputer riba dan seutas jam tangan.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, program yang julung-julung kali dilaksanakan sepenuhnya oleh Jawi selepas menyaksikan kejayaan program Imam Muda, Astro Oasis musim pertama dan musim kedua. "Rancangan tersebut telah berjaya mencipta paradigma baharu dalam hiburan bercorak keagamaan," katanya. IMQ musim kedua akan di kembangkan sehingga ke Wilayah Persekutuan Labuan dan pesisir pantai barat Sabah dan Sarawak.

Rencana Utama!»

Dreadnoughtus terbesar di dunia

PELAJAR Universiti Drexel, Alison Moyer teruja dengan penemuan fosil Dreadnoughtus di Argentina pada 4 September lalu.

Varia!»

Sinar baharu kanak-kanak Myanmar

DARI kiri, Mohd. Azhari, Myint Lwin dan Tengku Zafrul bergambar pada majlis penyerahan tajaan oleh CIMB Bank dan IJN di Hospital Kanak-kanak Yankin, Myanmar.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16