HIBURAN

Dian dapat anak lelaki

Dian dapat anak lelaki




PELAKON filem Ada Apa Dengan Cinta, Dian Sastrowardoyo selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal di sebuah hospital di Jakarta baru-baru ini. Menurut laporan akhbar Indonesia, Dian melahirkan bayi yang diberi nama Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo itu pada Ahad lepas pada pukul 3 petang. Suami Dian, Maulana Indraguna Sutowo turut menemaninya dalam melalui saat-saat getir melahirkan bayi seberat 3.64 kilogram.

"Alhamdulillah, selama saya hamil dan proses bersalin, semuanya selamat. Kami bersyukur di atas kelahiran anak pertama ini," kata Dian menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusnya, Wisnu. Dalam pada itu, biarpun masih sibuk dengan aktiviti seninya, Dian khabarnya ingin lebih mengutamakan keluarganya setelah kehadiran orang baharu itu. Dia yang berjanji untuk menjadi seorang ibu yang baik bagaimanapun tidak mahu bertemu media kerana masih menjalani proses pemulihan dan berehat.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 3531