SUKAN

Paraguay bernasib baik

Paraguay bernasib baik


PARA pemain Paraguay melonjak kegembiraan selepas menewaskan Venezuela 5-3 pada kempen Copa America 2011 pagi semalam.


MENDOZA, Argentina - Paraguay melakar sejarah tersendiri apabila mara ke final pertama Copa America sejak tahun 1979 pagi semalam.

Nasib sekali lagi memihak kepada Paraguay apabila menewaskan Venezuela 5-3 pada penentuan sepakan penalti untuk bertemu Uruguay di final pada awal pagi Isnin ini.

Paraguay yang hanya seri pada ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan mara ke separuh akhir setelah menewaskan Brazil juga menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada aksi separuh akhir pagi semalam, Paraguay terikat tanpa jaringan dengan Venezuela sebelum menempah slot ke final.

Selepas Justo Villar menyelamatkan sepakan keempat Venezuela menerusi Franklin Lucena, Dario Veron memastikan kemenangan Paraguay apabila berjaya menyempurnakan sepakan kelima.

"Kami harap mempunyai tuah untuk bergelar juara pula kerana pada realitinya kami serba kekurangan.

"Nasib banyak memihak kepada kami tetapi inilah bola sepak. Juara tidak semestinya yang terbaik," kata penyerang Paraguay, Nelson Haedo Valdez.

Venezuela yang lebih popular dengan sukan bola lisut telah menggegarkan gawang Paraguay sebanyak dua kali pada masa tambahan tetapi kempunan untuk mara ke final buat kali pertama.

"Pada perlawanan ini, kami telah beraksi teruk dan juga beraksi baik. Tetapi yang lebih penting pada akhirnya kami menang perlawanan ini," kata pemain tengah Paraguay, Nestor Ortigoza.

Varia!»

Mesin digital payudara tomosintesis

AMIRUDDIN (kanan) melancarkan mesin digital payudara tomosintesis sambil diperhatikan Syariffa Sabrina (dua dari kanan), Roslan dan Eddy di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31