GARAJ

Lebih segak, maskulin

Lebih segak, maskulin


REKAAN ruang kabin yang kemas dan mewah.


KERETA bandar merupakan produk yang penting untuk sesebuah pengeluar kereta. Hampir kesemua pengeluar kereta massa mempunyai kereta bandar.

Bahkan pengeluar kereta sport seperti Aston Martin turut terjebak untuk meraih sedikit kek pasaran dengan memperkenalkan Cygnet, kereta mewah kecil yang yang asalnya adalah Toyota iQ.

Dua atau tiga tahun lagi, khabarnya Lotus akan memperkenalkan kereta bandar mereka yang berkongsi platform dengan Proton Emas. Hakikatnya, kereta bandar adalah mode pengangkutan yang ideal. Terutama untuk mereka yang hanya memerlukan ruang untuk diri sendiri atau pasangan ke tempat kerja, membeli-belah atau bersiar-siar pada hujung minggu.

Ruang kompak, harga rendah serta kos penggunaan yang murah adalah faktor-faktor kenapa kereta bandar begitu laris. Apa perlunya kereta yang besar jika setakat untuk pergi dan pulang dari pejabat?

Di Malaysia, kereta bandar seperti Perodua Viva, Myvi, Naza Suria, Hyundai i10 pun tidak kurang larisnya. Bukti paling jelas ialah Myvi menjadi kereta terlaris untuk lima tahun berturut-turut.

Picanto generasi kedua

Di negara kita, Naza Suria adalah jelmaan Kia Picanto yang masih dijual hingga kini. Di United Kingdom (UK), Picanto model baru yang merupakan generasi keduanya sudah mula dijual sejak 17 Jun lepas.

Model terbaru itu bakal membuktikan bahawa kereta kecil boleh ditawarkan dengan pelbagai ciri tanpa peningkatan ketara pada kos dan saiznya. Kereta paling kecil keluaran Kia itu mempunyai lebih kuasa. Di samping penggunaan minyak dan emisi yang kurang berbanding model sebelumnya.

Selain itu, Picanto baru nyata semakin bergaya dengan kualiti yang lebih baik tanpa mengenakan harga premium. Ruang dalamannya telah dibesarkan sedikit dan perubahan drastik dapat dilihat pada aspek keselamatan dan kemewahannya.

Kia Picanto ditawarkan dengan enjin baru Kappa bersesaran 1.0 dan 1.25 liter. Model 1.25 liter dipasang dengan teknologi penjimatan minyak Kia iaitu Intelligent Stop & Go [ISG] dan engin stop/start system sebagai alternatif untuk transmisi automatik.

Jika dinilai dari segi output kuasa, model tiga silinder 1.0 liter itu menawarkan kuasa sehingga 68hp dengan 95Nm tork, manakala model empat silinder 1.25 liter pula mampu menjana kuasa 84hp, bersama 121Nm tork.

Tidak lengkap rasanya jika bercakap pasal Kia moden tanpa menyebut nama Peter Schreyer. Bekas pereka Audi itu sememangnya berjaya menaikkan nama Kia menerusi rekaan-rekaan yang segar.

Picanto baru adalah salah satu produk yang menjalani proses makeover oleh pasukan beliau dan penuh dengan ciri-ciri kenderaan Eropah.

Baru-baru ini, saya sempat melihat secara dekat Kia Sportage baru. Pengaruh Eropah pada model tersebut begitu kuat. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Kia kini bersungguh-sungguh. untuk menakluk pasaran Eropah.

Picanto adalah manifetasi langkah berani Kia dalam merealisasikan perubahan. Model lama Picanto kelihatan comel dan feminin. Sedangkan model baru itu pula mempunyai ciri-ciri maskulin dan segak.

Bahagian depan yang ekspresif diadun dengan rekaan sisi kereta yang dinamik. Ini sekali gus menonjolkan kuasa dan kematangan rekaan yang menyumbang kepada penampilan premium. Perhatian kepada perincian juga boleh dilihat pada seluruh tubuh Picanto.

Kereta kompak tersebut menghasilkan pekali seret (Cd) sebanyak 0.31 - angka yang jauh lebih baik daripada pesaing kereta bandar lain dan merupakan antara faktor penentu dalam aspek penjimatan minyak.

Bagi mereka yang gemarkan imej sporty, Picanto versi tiga pintu akan diperkenalkan dengan gayaan tersendiri. Model itu mempunyai tiang C yang unik. Sementara bampar, gril dan ekzos pasti menyumbang kepada imej sportynya.

Daripada segi saiz pula, Picanto hanya 60 millimeter (mm) lebih panjang daripada model sebelumnya. Jadi, ia cuma menguasai 3.6 meter ruang jalan. Walau bagaimanapun, peningkatan 15mm pada titik roda dan pakej yang bijak telah meningkatkan ruang kabin secara signifikan.

Ruang kaki tempat duduk hadapan ditingkatkan kepada 36mm. Kapasiti ruang bagasi pula bertambah sebanyak 27 peratus kepada 200 liter. Semua itu dicapai tanpa perubahan pada aspek ketinggian atau kelebaran kereta.

Nampak gayanya, persaingan kereta bandar semakin sengit. Tempoh hari, sewaktu di bilik pameran Naza, saya terlupa hendak bertanya model apakah yang bakal dibawa masuk oleh Kia.

Apabila dibelek bahan untuk ruangan ini, barulah saya teringat kepada Kia Picanto baru. Jika dibawa masuk ke pasaran tempatan, Perodua Myvi bakal menerima saingan terbaru.

Namun, berdasarkan kepada rekod lampau, memang susah untuk pengeluar lain untuk menandinginya.

Infiniti!»

Projek robotik pelajar ke Rusia

REKA bentuk dan pembuatan struktur robot merupakan kaedah terbaik untuk menarik minat pelajar dalam bidang sains serta teknologi bermula di peringkat sekolah.

Varia!»

KLwyse imbau nostalgia silam

Pos Malaysia akan meraikan sambutan 160 tahun penggunaan setem di negara ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31