TERKINI

Hentian sebelah Sg. Buloh Selatan ditutup

Hentian sebelah Sg. Buloh Selatan ditutup

27/06/2011 4:44pm

KUALA LUMPUR Hentian Sebelah Sungai Buloh Arah Selatan di KM 453.6 Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup di antara 9 pagi hingga 6 petang Rabu ini untuk kerja penyelenggaraan.

Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan Restoran Jejantas Sungai Buloh di KM 458.3 untuk berehat atau mendapatkan keperluan lain, menurut kenyataan Plus Expressway Berhad hari ini.

Sementara itu beberapa stesen minyak Petronas dan kawasan rehat (R&R) di Lebuhraya PLUS juga akan ditutup bermula hari ini sehingga 30 Jun untuk membolehkan kerja penyelenggaraan berjadual dijalankan.

Kawasan yang terlibat adalah Hentian Sebelah Simpang Pulai Arah Utara hari ini pada pukul 4 petang hingga 7 malam dan Selatan dari pukul 11 malam hingga 2 pagi, kawasan R&R Sungai Perak Arah Utara esok bermula 4 petang hingga 7 malam dan Selatan pada pukul 11 malam hingga 2 pagi.

Kawasan R&R Gunung Semangol Arah Selatan pula akan ditutup pada Rabu ini pada pukul 11 malam hingga 2 pagi, R&R Tapah Arah Utara ditutup pada 30 Jun pukul 4 petang hingga 7 malam dan R&R Ulu Bernam Arah Selatan pada tarikh yang sama pukul 11 malam hingga 2 pagi.

Menurut kenyataan itu lagi, kemudahan lain di hentian rehat tersebut masih dibuka dan beroperasi seperti biasa kepada orang ramai. Bernama

Rencana Utama!»

'Obama Indonesia' berjiwa rakyat

JOKOWI(kiri) bersama isterinya, Iriana (kanan) selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia.

Pesona!»

Jalani hidup sebagai penghidap kanser

ujian mamogram perlu dilakukan golongan wanita setahun sekali terutama yang berumur 40 tahun ke atas. Gambar hiasan

Varia!»

Promosi produk Negeri Sembilan

Noorshila (kiri) dan Nurrul Nadia menunjukkan produknya pada Pameran Keusahawan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15