SUKAN

UiTM mudah belasah UIAM

UiTM mudah belasah UIAM


BARISAN UiTM meraikan kejayaan meraih emas acara ragbi 15's pada Karnival Sukan Masum di UPM semalam.


UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) ditabalkan selaku juara acara ragbi 15’s pada Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (Masum) 2011.

Pada perlawanan akhir di Padang Ragbi, Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam, UiTM nyata terlalu unggul apabila membelasah (UIAM) 40-15.

“Pada saingan tahun ini, sasaran kami mahu mendapat lebih banyak mata, malah kami sudah jangka akan bertemu UIAM pada perlawanan akhir,” kata jurulatih UiTM, Zamri Abdul Kahar semalam.

“Walaupun kami mempunyai tiga pemain kebangsaan, tetapi saya yakin, kami menang kerana pasukan saya mempunyai semangat berpasukan, jadi perlawanan menjadi lebih mudah.”

Tiga pemain kebangsaan yang mewakili UiTM ialah Mohd. Shahir Asyraf Rosli, Mohd. Hafiz Zainal dan Ezwan Jamil.

Sementara itu, jurulatih UIAM, Khairul Azhar Shaarani mengakui UiTM memiliki barisan pemain yang hebat dan berhak muncul juara.

“Memang diakui mereka (UiTM) hebat, tetapi pemain-pemain saya berjaya memberi saingan sengit. Alhamdulillah... prestasi mereka semakin meningkat.

“Malah pada saingan tahun ini, latihan juga digandakan dan melihat pada aksi mereka tadi (semalam), saya berpuas hati kerana mereka mampu beraksi cemerlang menentang pasukan pilihan,” katanya.

Terdahulu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membenam UPM 24-12 dalam persaingan merebut tempat ketiga dan keempat.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 46