NEGARA

Cabaran Daisy Zon Tengah meriah

Cabaran Daisy Zon Tengah meriah


PARA peserta bergambar bersama selepas tamat Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang berlangsung di pusat beli-belah AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011, sebuah program kerjasama Minyak Jagung Daisy, Kosmo! dan Tupperware bagi peringkat Zon Tengah mendapat sambutan hangat orang ramai ketika diadakan di Pusat Beli-Belah AEON AU2, Setiawangsa di sini semalam.

Bermula pada pukul 9.30 pagi, orang ramai mula beratur untuk mendapatkan 200 botol minyak jagung Daisy 500 gram setiap satu secara percuma dengan menebus dua kepala surat khabar Kosmo! di kaunter lokasi pertandingan.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang merasai keenakan biskut kacang hijau dan kek lobak berempah yang diperbuat daripada produk Daisy yang diedarkan secara percuma hasil tangan Chef Liza yang merupakan Duta Daisy.

Kemuncak acara bermula pada pukul 2.30 petang apabila 30 orang peserta yang menyertai kategori biskut dan kek mempamerkan kebolehan masing-masing menggunakan minyak jagung Daisy.

Peserta dan orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan daripada peserta program realiti tarian jalanan Showdown 2011, Roku Steps dan bekas peserta Akademi Fantasia, Adam dan Heliza sementara program diacarakan oleh Hos Selamat Pagi 1Malaysia RTM, Tazneem Faizal Meerangkutty.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rencana Utama!»

'Obama Indonesia' berjiwa rakyat

JOKOWI(kiri) bersama isterinya, Iriana (kanan) selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia.

Pesona!»

Jalani hidup sebagai penghidap kanser

ujian mamogram perlu dilakukan golongan wanita setahun sekali terutama yang berumur 40 tahun ke atas. – Gambar hiasan

Varia!»

Promosi produk Negeri Sembilan

Noorshila (kiri) dan Nurrul Nadia menunjukkan produknya pada Pameran Keusahawan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16