NEGARA

Model kedua Kia paling laris

Model kedua Kia paling laris


SYED ABDULL HAFIZ (kiri) berbual dengan SM Nasarudin (kanan) sambil diperhatikan oleh Choi pada majlis pelancaran Kia Sportage baharu di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Masih mengekalkan ciri-ciri versatil, kenderaan sukan utiliti (SUV) Kia Sportage terbaharu yang dilancarkan semalam mempunyai reka bentuk moden yang lebih berani dan bergaya.

Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (Naza Kia), Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, elemen-elemen yang turut menyerlahkan gaya hidup masa kini yang terdapat pada model tersebut di samping tawaran harga di atas jalan RM138,888 seunit itu dijangka memacu jualan model SUV kompak itu kepada 200 unit sebulan.

Naza Kia merupakan pengedar tunggal kenderaan Kia di Malaysia.

"Model baharu ini memberikan penampilan yang lebih segar tetapi pada masa yang sama memberi penekanan kepada fungsi yang sering diingini pelanggan seperti penggunaan minyak yang lebih efisien, bentuk yang lebih teguh dengan roda aloi 18 inci (46 sentimeter), bumbung tembus cahaya dan sistem bunyi dengan sambungan USB, AUX, pemain iPod dan Bluetooth.

"Mendapat penarafan keselamatan lima bintang Euro NCAP, model ini didatangi dengan enam beg udara, kawalan brek turun bukit, bantuan kawasan permulaan bukit, kawalan brek membelok dan sistem kawalan cengkaman," katanya pada majlis pelancaran model terbaharu Kia Sportage di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Pengurus Besar dan Ketua Operasi Asia Kia Motors Corp., Seonpil Choi.

Syed Abdull Hafiz berkata, ciri-ciri utama lain ialah lampu depan yang akan menyala selama 30 saat selepas enjin dimatikan, paparan kamera belakang pada cermin pandang belakang dan radius pusingan yang kecil.

"Sportage baharu yang dilengkapi dengan enjin petrol dan transmisi automatik enam kelajuan ini menambahkan lagi tanda aras kenderaan segmen SUV kompak dan sehingga Mei lalu, ia merupakan model kedua Kia yang paling laris dijual, selepas Forte," ujar beliau.

Rencana Utama!»

Tingkatkan pendapatan penternak

PROGRAM Pembangunan Tenusu di Vietnam bertujuan untuk mengoptimumkan keuntungan.

Pemotoran!»

HLYM kukuhkan saingan motosikal kuasa tinggi

CH Ng (tengah) bersama dua pelumba pasukan Yamaha MotoGP turut menyertai majlis pelancaran model MT-07 di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Horizon!»

Percutian santai di bumi Perlis

PARA pengunjung boleh merasai pengalaman memberi makanan kepada burung unta di Taman Agro-Lancong.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31