NEGARA

Biskut udang kering Rogayah

Biskut udang kering Rogayah


ROGAYAH menunjukkan resipi biskut udang kering ciptaannya di rumahnya di Kulaijaya baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Keinginan mencuba resipi berlainan menyebabkan seorang pesara, Rogayah Mat Taid, 55, menyahut pertandingan mencipta kek dan biskut Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 bagi peringkat Zon Selatan pada 10 Julai ini.

Bagi Rogayah yang pernah memenangi tempat kedua dalam satu pertandingan memasak rendang beberapa tahun lalu, pertandingan pada kali ini amat mencabar bagi dirinya.

Katanya, biarpun membuat biskut dan kek adalah juga hobinya selain memasak lauk-pauk, tetapi dia tidak pernah mengetengahkan bakat tersebut di khalayak ramai sebelum ini.

“Pada pertandingan tersebut, saya memilih untuk membuat biskut udang kering yang merupakan resipi saya sendiri.

“Saya yakin resipi berkenaan yang sesuai dengan temanya iaitu dasar laut akan menambat hati juri memandangkan ia ada daya tarikan tersendiri,” katanya ketika dihubungi di Kulaijaya, Johor semalam.

Menurut Rogayah yang juga peminat setia Chef Liza, dia tidak pernah ketinggalan menonton rancangan masakan chef terkenal tersebut.

Rogayah berharap resipi ciptaannya itu akan memberi tuah kepadanya kerana ia lain daripada yang lain.

Dalam pada itu, peserta dari Kedah (Zon Utara) pula, Nor Asmah Musa, 44, turut bersiap sedia untuk menghadapi cabaran tersebut.

Dia yang turut mengambil bahagian dalam kategori membuat biskut mempunyai resipi yang istimewa selain minyak masak Daisy akan digunakan sebagai ramuan utama dalam resipi biskutnya.

“Ini merupakan kali pertama saya mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, saya memang minat dalam aktiviti menyediakan makanan dan harap-harap saya akan berjaya,” katanya.

Chef Liza nasihat peserta buat ujian berulang kali




KUALA LUMPUR – Para peserta Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang akan mula bersaing pada Sabtu ini dinasihatkan supaya melakukan ujian berulang kali sebelum menyertai cabaran itu.

Menurut Chef Liza Zainol yang merupakan salah seorang juri bagi cabaran tersebut, peserta tidak perlu terlalu ghairah untuk menyertai cabaran itu sehingga terlupa untuk mencuba resipi mereka berkali-kali.

Katanya, dengan mencuba berkali-kali barulah mereka boleh mendapat hasil yang memuaskan.

“Jangan mengharap kek atau biskut akan menjadi sedap dan cantik pada percubaan pertama.

“Apa yang penting jangan membuat uji kaji resipi dengan kuantiti banyak. Cuba dengan hanya menggunakan 300 hingga 400 gram tepung dahulu. Lihat hasilnya kerana jika tidak menjadi ia satu pembaziran,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau memberitahu, peserta juga harus membuat ulang kaji mengenai cara menghias kerana ia memerlukan pengetahuan yang tinggi.

Ujarnya, untuk itu peserta perlu membuat rujukan seperti buku, Internet dan sebagainya serta minta nasihat daripada pakar.

“Terdapat tema tertentu bagi setiap lokasi pertandingan dan peserta harus kreatif bagi menarik perhatian juri.

“Markah untuk kreativiti adalah 30 markah, 20 markah untuk ketulenan serta 50 markah untuk rasa,” ujarnya.

Chef Liza memberitahu, peserta juga tidak perlu menghias resipi mereka dengan berlebihan sehingga menjejaskan persembahan hidangan tersebut.




Varia!»

Warung lambang perpaduan rakyat

SUHAIMI menggunakan material bahan buangan seperti kayu yang diletakkan bersilang, bekas minuman, batu lesung dan kereta sorong dalam karyanya.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16