TERKINI

Pemandu, pengusaha kedai enggan pindah

Pemandu, pengusaha kedai enggan pindah

13/06/2011 4:11pm

KANGAR — Kira-kira 20 pemandu teksi, bas dan pengusaha kedai makan di Stesen Bas Ekspress Bukit Lagi, di sini, mengadakan bantahan terhadap Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang mendesak agar mereka berpindah ke stesen bas sementara di Kuala Perlis, dekat sini, pada bulan depan.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Bukit Lagi, Rosman Ishak, 59, berkata, pihaknya enggan berpindah ke stesen bas sementara itu kerana MPK tidak turun padang dan berbincang dengan mereka terlebih dahulu berhubung perpindahan ke stesen bas sementara itu.

"Pihak MPK harus memaklumkan kepada kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk berpindah malah sebarang surat rasmi juga tidak diberi kepada kami berhubung perpindahan tersebut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mungkin berdepan dengan masalah ‘gulung tikar’ jika berpindah ke stesen bas sementara itu kerana terdapat pengusaha teksi lain di kawasan tersebut.

"Kami sudah 20 tahun beroperasi di stesen bas ini dan sepatutnya pihak MPK harus berbincang dengan kami terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berpindah ke stesen bas sementara itu lagi pun berita perpindahan ini kami hanya tahu melalui akhbar sahaja pada Mei lalu,” katanya mendakwa mempunyai 60 anggota persatuan itu.

Beliau berkata, pihaknya akur dengan keputusan MPK untuk memindahkan mereka ke stesen bas baru di Seriab, dekat sini, pada masa terdekat ini tetapi tidak setuju berpindah ke stesen bas sementara di Kuala Perlis. — Bernama

Varia!»

Baju baharu pada 1 Syawal

JASLEEN dan Kirpal (berdiri belakang dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Julaina dan Bob Komando serta anak-anak mereka di Gulati's, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0