NEGARA

Resipi berasaskan minyak jagung <br>Daisy uji kreativiti peserta

Resipi berasaskan minyak jagung
Daisy uji kreativiti peserta




KUALA LUMPUR – Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang akan memulakan tirai di Terengganu pada 18 Jun ini bakal menjadi medan buat 120 peserta dari seluruh negara untuk menguji kreativiti mereka dalam mencipta resipi berasaskan minyak jagung keluaran Daisy.

Minyak jagung Daisy yang sememangnya terkenal sebagai minyak masak yang amat stabil dan sesuai untuk semua jenis masakan, pembakaran dan 100 peratus bebas daripada kolestrol menjadi syarat utama resipi pertandingan kali ini.

Pertandingan anjuran minyak jagung Daisy dengan kerjasama rakan strategik Tupperware dan akhbar Kosmo! itu jelas menampakkan usaha positif untuk terus memartabatkan industri masakan di samping terus mewarnai dunia masakan negara.

Buat pembaca Kosmo!, Daisy akan menawarkan harga istimewa kepada pelanggan setia sepanjang pertandingan itu berlangsung.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena pertandingan itu yang bakal berlangsung di lima lokasi di seluruh negara yang berakhir pada 17 Julai nanti.

Antara yang bakal menjadi tumpuan orang ramai adalah persembahan beberapa artis terkenal tanah air termasuk Heliza AF dan Adam AF yang dijangka mengadakan persembahan di Kuala Lumpur manakala beberapa artis lain akan tampil di Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Bahru dan Shah Alam.

Pertandingan itu terbuka kepada semua yang berminat dan orang ramai yang inginkan maklumat lanjut mengenai cabaran tersebut boleh menghubungi Eksekutif Iklan Kosmo!, Nizam Baharudin di talian 03-9221 0202 atau 017-872 2262.

Rencana Utama!»

Persiapan warga emas hadapi banjir

PAK LEH yang tinggal di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumboh, Kampung Pasar Lama, Kota Bharu, Kelantan menunjukkan jarak sungai dengan rumahnya yang terlalu hampir.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15